“Saya tak nak minta ampun, saya minta hukum gantung sampai mati sahaja. Terima kasih”

Oleh NADIA HARON

Seorang warga Singapura meminta Mahkamah Persekutuan yang duduk di sini hari ini untuk mengekalkan hukuman

gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atasnya kerana membunuh teman lelaki isterinya pada 2013.

Quah Tee Keon, 56 tahun, yang juga dituduh menikam isterinya sehingga menyebabkan kecederaan yang boleh membawa maut, menarik balik permohonan semak hukuman gantung tersebut.

“Saya tidak memohon ampun, saya hanya mohon hukuman gantung sampai mati. Terima kasih,” katanya.

Panel hakim yang dipimpin oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama Hakim Mahkamah Persekutuan,

"Saya tak nak minta ampun, saya minta hukum gantung sampai mati sahaja. Terima kasih"

Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah kemudian memutuskan untuk menolak permohonan semakan tersebut dan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap Quah.

Quah, yang diwakili oleh peguam Bernard George, ditangkap setelah menyerahkan diri kepada polis di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2013.

Menurut fakta kes, dia membunuh seorang lelaki bernama Ruan Chao Qiang, yang juga warga China, di sebuah kediaman di Taman Mawar Indah, Triang, Bera, Pahang, kira-kira jam 3.30 pagi pada 13 Oktober 2013.

Dia juga melukai isterinya menggunakan pisau sehingga menyebabkan kecederaan serius pada leher, tangan, dan belakang badan wanita itu pada masa dan tempat yang sama.

Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee.

BACA: Ahli parlimen Machang bakal digantung 6 bulan, ini kes berat yang dia buat