Saya rasa jijik! – Afdlin Shauki

Saya rasa jijik! – Afdlin Shauki. Pelawak Datuk Afdlin Shauki yang sebelum ini membantah penutupan kelab komedi Crackhouse Comedy Club berubah pendirian apabila semakin banyak pendedahan dan bukti-bukti penghinaan terhadap kesucian agama berlaku di kelab berkenaan.

Menerusi satu hantaran dalam Facebook, Afdlin bertegas tidak mahu lagi berkompromi dengan sebarang perbuatan menghina agama di pentas lawak.

“Berdasarkan info-info yang terkini yang telah diberi kepada saya oleh rakan-rakan dan seperti mana yang saya terangkan semalam menerusi ‘live’ bersama Amin Idris, saya dengan sekeras-kerasnya terus mengecam apa-apa perbuatan menghina agama di pentas lawak.“

Walaupun hanya segelintir, jika berterusan, akan menjadi barah.

Perbuatan-perbuatan menghina agama yang dibanggakan membuatkan saya rasa jijik dan saya tak boleh lagi memberi sokongan kepada Crackhouse Comedy Club!,” tulisnya.

Saya rasa jijik! - Afdlin Shauki

Menurutnya sokongan sebelum ini hanyalah didasari kesinambungan rezeki para pelawak yang ternyata memerlukan platform untuk membuat persembahan.

“Sokongan saya sebelum ini hanya bertujuan untuk kesinambungan rezeki pelawak-pelawak yang kebanyakannya mempunyai lawak yang berkualiti dan tak menghina sesiapa.“

BACA:

Jijik..”macamana penduduk flat SEDC boleh hidup dengan sampah macam ni?”

Rupanya di sirip ikan kerisi ada benda ‘jijik’ tersembunyi, patutlah sedap..

Jijik !!! Polis kesan dadah baharu dibuat dari tahi lembu jadi pilihan untuk “high