“Saya mintak maaf kepada semua rakyat Malaysia.”

“Saya mintak maaf kepada semua rakyat Malaysia.”Jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zokefli hari ini memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kontroversi penarikan pingat emas yang dimenangi dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Ziyad turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana memberikan sokongan kepadanya.

“Saya mintak maaf kepada semua rakyat Malaysia.

“Terima kasih memberi sokongan kepada saya,” tulis atlet kelahiran Selangor itu dalam akaun Facebook.

Saya

Semalam, Ziyad, 31, berjaya mempertahankan pingat emas bersama rekod dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan lontaran sejauh 17.94 meter di Tokyo.

Bagaimanapun kem Ukraine mengemukakan bantahan terhadap Ziyad dan dua lagi atlet, Todd Hodgetts dari Australia dan Jordi Patricio dari Ecuador kerana lewat memasuki bilik menunggu.

Kontinjen Malaysia sudah mengemukakan bukti dan menghantar protes semula kepada pegawai teknikal penganjur.