“Saya jual lukisan RM1”, bapa terkejut anak masih kecil habis jual semua lukisan

“Saya jual lukisan RM1”, bapa terkejut anak masih kecil habis jual semua lukisan. Walaupun usia mereka masih kanak-kanak namun bakat sebagai seorang pelukis dan peniaga sudah terserlah.

Itulah kisah dua beradik yang tular di media sosial Facebook hari ini apabila ‘gerai jualan’ lukisan mereka mendapat sambutan dari penduduk setempat.

Menurut bapa kepada kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Fadhil Zainuddin, anak sulungnya meminta dia membuka sebuah ‘kedai’ untuk menjual lukisannya.

“Petang tadi (semalam) layan anak sulung aku jual lukisan dia,punya beria dia nak bukak kedai,dia kata dekat aku “depan rumah pun takpe” jadi aku pun layankan sahaja.

“Aku tak nak patahkan semangat dia tu,jadi aku sediakan tempat dia dan aku tinggalkan dia dengan adik dia biar mereka cuba jual sendiri,tak sangka semua 6 lukisan dia habis dijual,” katanya di Facebook semalam.

lukisan

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna laman sosial bangga dengan bakat yang ditunjukkan kanak-kanak terbabit untuk berniaga walaupun diusia yang masih kecil.

“Kecik-kecik dah pandai berniaga dan ada seni, bukan semua orang ada,”tulis MohdBaiduizzaman MohamadFuad.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Zafirah Izzati.

“Viral kat Twitter, jual 6 lukisan tapi dapat duit lebih good luck adik kumpul duit,” tulisnya.

Pada masa sama, orang ramai turut memuji usaha kedua ibu bapanya yang turut menyokong usaha kanak-kanak tersebut.

Kosmo! difahamkan gerai lukisan kanak-kanak tersebut berada di sekitar Kampung Melaysia Raya, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/09/08/kanak-kanak-buka-gerai-lukisan-tepi-jalan-raih-sambutan/

BACA: Selepas pawagam dibuka, Peja minta benarkan gim dan sukan padang pula