Baru-baru ini tular video menunjukkan Fattah Amin menerima sebuah Lamborghini Huracán daripada seorang pengusaha kedai emas,
yang mana ramai beranggapan ia adalah rezeki buatnya selepas melalui ujian dalam rumah tangga.
Namun, pengurus kepada pelakon itu, Sakirin Acha, tampil menjelaskan bahawa kereta mewah berwarna ungu tersebut
sebenarnya hanyalah prop untuk kandungan video promosi kedai emas milik pengusaha berkenaan.
“Saya ingin menegaskan bahawa Fattah tidak menerima kereta Lamborghini seperti yang diperkatakan.
Kereta itu hanyalah sebahagian daripada prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat terbabit,” jelasnya.
Acha juga memohon maaf sekiranya video tersebut telah menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai.
“Saya mohon maaf, tetapi Fattah tidak menerima kereta itu daripada pihak berkenaan,” tambahnya.
BACA: Akhirnya PMX buka mulut beri respon kes FashionValet rugi RM43.9 juta dan NAFAS