Membaca kisah kisah yang ada di dalam ini membuatkan saya pun turut ingin berkongsi cerita.
Saya merupakan seorang yang lelaki yang ekstr0vert-suka bersocial, berkerjaya, berpelajaran tinggi-lulusan oversea, telah berkahwin dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Baby kedua baru sahaja lahir baru baru ini. Isteri juga sama, mempunyai master dalam bidangnya dan kerjaya yang stabil.
Sebelum berkahwin, saya telah bercinta dengan seorang gadis hampir lima tahun lamanya.
Namun jodoh kami tiada, satu hari kami bergaduh besar dan kemudian masing masing membawa haluan sendiri. Saya mengenali isteri tidak lama, lebih kurang tiga bulan. Kemudian kami bertunang dan tiga bulan kemudian kami berkahwin.
Saya seorang yang simple. Saya mengenali isteri dari seorang rakan. Setelah membuat penilaian secara keseluruhan, saya melamar dan dia terima. Mungkin kerana kecewa dengan hubungan yang lalu, saya tidak mahu lagi untuk spend masa, wang ringgit dan tenaga kepada perhubungan yang lama dan tidak pasti.
Reason saya pilih isteri sebagai teman hidup kerana personalitinya yang rileks dan cara hidup keluarganya yang sederhana. Kedua mertua saya sangat baik dan alim orangnya. Berbeza dengan latar keluarga saya yang agak biasa dalam hal hal agama.
Setelah berkahwin, saya tahu bekas kekasih saya sangat kecewa dengan saya. Walaupun pada ketika itu kami sudah lama tidak berhubung. Tidak lama selepas itu, apa yang saya dengar dia telah berkahwin dengan pilihan hatinya dan beberapa bulan selepas itu dia bercerrai.
Saya berasa sangat sedih dengan berita ini. Walaupun kami sudah tidak lagi bersama, tetapi dalam hati saya masih menyayangi dan mahukan yang terbaik untuknya. Ketika itu, mulalah datang saat keliru dalam hidup saya. Segala kenangan dan memori dengan kekasih lama mula menjelma.
Saya mula menghubungi kekasih lama dan bercadang ingin mengambil si dia sebagai isteri kedua. Pada tempoh perhubungan itu, hati mula mencari keburukan isteri bagi mewajarkan tindakan saya untuk beristeri dua. Perkara yang selama ini cantik, mula bertukar menjadi buruk.
Segala yang ada pada bekas kekasih mula dibandingkan dengan apa yang ada pada si isteri. Dan pada ketika itu hampir semua menang pada bekas kekasih. Dipendekkan cerita, seperti biasa mana ada orang perempuan yang sanggup dimadukan kalau diberi pilihan.
Isteri saya memang tahu yang si dia adalah bekas kekasih saya kerana saya berterus terang dengannya sebelum kami berkahwin. Di suatu malam ketika kami bertegang leher, dengan linangan air mata isteri berkata kepada saya, “saya izinkan abang berkahwin lain tetapi janganlah berziina sama sekali.
Saya tak nak abang melakukan dosa besar”. Kata kata itu dalam diam umpama halilintar yang memanah hati saya. Ketika dalam proses konflik tersebut (selama beberapa minggu), saya nampak isteri kuat bersolat sunat dan setiap kali selepas solat matanya akan merah kesan daripada menangis.
Isteri saya ni memang jenis yang tak banyak bercakap, tetapi lebih kepada tindakan. Selepas krisis pada malam itu, hati saya rasa sedikit kelainan. Saya mula sedar yang isteri saya ini bernikah dengan saya kerana Allah.
Dia lebih risau saya terjerumus melakukan dosa besar daripada kecewanya dia kerana saya ingin beristeri dua. Dalam diam saya memerhatikan gerak gerinya (yang selama ini mungkin tak berapa nak pandang sangat), dan ketika itulah saya sedar yang isteri saya ini seorang wanita yang sangat sangat baik.
Asbab isteri ni kuat mengadu pada Tuhan, Allah bukakan hati saya untuk menilai dengan lebih waras. Saya mula sedar yang wanita yang menjadi isteri saya ni mempunyai begitu banyak kelebihan yang Allah kurniakan berbanding bekas kekasih.
Bermacam macam gambaran kebaikannya muncul di fikiran. Dialah wanita yang sanggup mempertaruhkan nyawanya ketika ingin melahirkan puteri hati saya. Dialah wanita yang setiap hari menyediakan juadah untuk saya walaupun sibuk, mengajar anak saya membaca Al-Quran, berbuat baik kepada kedua ibu bapa saya. Dan saya masih lagi ingin mencari wanita lain?
Dalam diam Allah membuka hijab dan lama kelamaan saya semakin sedar yang keputusan saya berkahwin dengan isteri adalah pilihan yang sangat tepat. Allah mula tunjukkan satu persatu yang bekas kekasih bukanlah orang yang layak untuk saya sunting sebagai isteri.
Mungkin ada kalangan pembaca yang bertanya, kenapa Allah kurniakan saya wanita sebaik isteri sebagai teman hidup saya? Saya juga terfikir hal yang sama, mengapa saya dapat isteri yang sebaik ini. Lama- kelamaan saya menyedari, mungkin ini ganjaran Allah terhadap sedikit amalan saya.
Sekiranya ada kelapangan masa dan rezki, saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu orang orang yang kurang berupaya dan tidak bernasib baik.
Mungkin kerana itulah Allah anugerahkan pinjaman terindah buat saya di dunia ini. Kini hampir dua tahun hal ini telah berlalu dan kasih sayang kepada isteri semakin hari semakin meningkat.
Setiap pagi, saya akan memilih untuk menyarungkan kaca mata cinta tatkala memandang wajah isteri. Setelah melakukan bedah siasat terperinci terhadap pengalaman hidup saya ini, saya menemui ada tiga perkara yang boleh dijadikan panduan untuk diri saya sendiri dan juga para pembaca
1) Sebagai orang Islam mengucap adalah perkara paling asas. Makna mengucap adalah “TIADA TUHAN SELAIN ALLAH”.
Maknanya Allah ini tuhan dan dia yang buat dan pegang segala sesuatu termasuk hati para suami dan isteri. Jadi sekiranya ada masalah, perkara pertama kena buat adalah pergi kepada pencipta. Adu pada dia.
Ini yang dibuat isteri saya, dia merintih kepada penciptaNya dan Allah yang pegang hati saya bukan ex-girlfriend saya. Saya tahu dia berdoa sampai menangis kepada Allah, dan Allah telah perkenankan doanya.
2) Kepada lelaki, kalau nak p0ligami dan sampai terpaksa burukkan isteri, itu maknanya kita yang ada something wrong bukan isteri. Sebab tugas utama suami adalah BIMBING isteri. Suami yang kena jadi coach kepada rumah tangga.
ILMU rumah tangga sangat penting. Cari ILMU untuk jadi pengemudi yang baik.
Kepada wanita, lelaki yang burukkan isteri bukanlah calon suami yang baik kepada anda.
3) Kepada isteri, kalau marah sebab suami nak kahwin lain tak perlu maki hamun suami. Kebanyakan lelaki sukakan cabaran dan pantang dicabar.
Sebaliknya upgrade diri, ubah diri dan sayang diri. Dengan ubah diri kita, barulah boleh harap orang lain untuk berubah.
Isteri saya ubah diri dia dengan perbanyakkan amalan. Ketika konflik dia banyak solat dan puasa sunat. Segala perbuatannya membuatkan saya bermuhasabah kembali.
Orang lelaki ni boleh jadi risau juga bila tiba tiba tengok isterinya selalu di atas tikar sembahyang.
Fahamkan tiga perkara ni, insyaAllah bukan sahaja rumah tangga akan tenang malah kehidupan juga akan lebih bahagia.