Satu kerugian jika tak lantik Najib jadi Penasihat Ekonomi PM – Nazri

Tiada masalah untuk kerajaan jika melantik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bertaraf menteri kerana beliau ketika ini memang tidak ada ‘kerja’ dan banyak masa terluang.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, selaku pemimpin negara yang menerima pencen serta kemudahan sebagai seorang bekas Perdana Menteri, adalah satu kerugian sekiranya kerajaan tidak mendapatkan khidmat nasihat beliau untuk memulihkan ekonomi negara.

Jelasnya lagi, di sebalik sabitan kes mahkamah dihadapi Najib, Mohamed Nazri berpandangan tiada masalah untuk Najib turut dilibatkan dalam pentadbiran negara kerana sepanjang sembilan tahun Ahli Parlimen Pekan itu mentadbir negara, banyak polisi ekonomi negara yang diperkenalkan beliau disukai oleh rakyat.

Satu kerugian jika tak lantik Najib jadi Penasihat Ekonomi PM - Nazri

“Apa salahnya lantik Najib sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri kerana beliau sekarang memang tidak ada ‘kerja’.

“Dengan beliau dibayar elaun pencen dan diberikan kemudahan sebagai bekas Perdana Menteri termasuk pengawal keselamatan, pemandu serta polis pengiring ‘percuma’, rugilah kalau kerajaan tidak beri beliau ‘kerja’ yang boleh menguntungkan negara.

“Lagipun, sepanjang sembilan tahun beliau mentadbir kerajaan Barisan Nasional (BN), banyak polisi ekonomi diperkenalkan Najib yang memberi impak positif serta disukai rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya.

“Kena ingat, bila BR1M diperkenalkan, inisiatif Najib itu berjaya memastikan ekonomi negara dirangsangkan secara menyeluruh ke seluruh pelusuk negara dan tidak sekadar tertumpu di Lembah Klang semata-mata,” katanya kepada Sinar Premium pada Jumaat.

“Apa salahnya lantik Najib sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri kerana beliau sekarang memang tidak ada ‘kerja’.

Beliau berkata demikian bagi mengulas desas-desus Najib bakal dilantik sebagai Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri yang bertaraf menteri dalam masa terdekat.
Spekulasi itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan ahli Parlimen blok kerajaan terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Hal ini susulan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini sudah meletakkan syarat kerajaan Ismail Sabri perlu bebas daripada lantikan individu yang terpalit kes mahkamah dan integriti sekiranya Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) mahu menyokong beliau untuk menjadi Perdana Menteri kesembilan, sebelum ini.

, Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, meskipun Najib sudah disabitkan kesalahan terhadap kes mahkamah dihadapi beliau, tiada masalah Najib dilantik bagi jawatan berkenaan kerana kes beliau masih di peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

“Pada saat ini, selagi mana kes rayuan di Mahkamah Persekutuan belum diputuskan dan beliau masih lagi bergelar Ahli Parlimen, tiada masalah untuk jawatan penasihat diberikan kepada Najib. Cuma kalau rayuan beliau ditolak, itu nanti cerita lain,” katanya.

Selain itu, Mohamed Nazri turut menegaskan cadangan pelantikan jawatan penasihat kepada Perdana Menteri bertaraf menteri diberikan kepada Najib juga penting bagi memastikan kedudukan beliau setaraf dengan Muhyiddin yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Tambah Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas itu lagi, cadangan pelantikan Najib tidak akan menimbulkan persoalan kemungkinan berlaku pertindihan tugasan beliau dengan peranan Muhyiddin selaku Pengerusi MPN.

“Peranan Muhyiddin adalah lebih menyeluruh meliputi isu kesihatan dan ekonomi, manakala Najib akan lebih menfokuskan usaha memberi nasihat kepada Perdana Menteri berkenaan sebarang isu ekonomi yang signifikan.

“Pada saat sebegini juga, kita tidak wajar terlalu mengambil kira cakap orang luar yang tidak faham masalah sebenar dihadapi negara ketika ini.

“Memandangkan Najib mempunyai idea yang bernas dan bagus dalam membantu memulihkan kembali ekonomi negara, mengapa kita mesti busuk hati untuk enggan mendapatkan khidmat nasihat beliau? Rugilah negara kelak,” katanya lagi.

Berita Penuh : https://malaysiapost.com.my/2021/09/24/tak-salah-lantik-najib-jadi-penasihat-ekonomi-pm-nazri/

BACA JUGA : Panas !!! Kematian di rumah (BID) hampir cecah 5,000 kes

COMMENTS

Wordpress (0)