Satu keluarga terkejut! Lelaki ini tiba-tiba balik ke rumah selepas 7 bulan di kebumikan
Lelaki dari Thailand, Sakorn Sacheewa, 44, mengejutkan ahli keluarganya apabila beliau pulang ke rumah selepas diumumkan meninggal dunia kira-kira 7 bulan yang lalu.
lelaki 44 tahun pulang ke rumah selepas 7 bulan di kebumikan
Menurut laporan daripada Bangkok Post, abang kepada Sakorn, Charoes Lekdi berkata beliau amat terkejut melihat abangnya itu berjalan pulang sendiri ke rumah.
Pada 18 Mei yang lalu, ahli keluarga Sakrorn dihubungi pihak polis untuk menuntut mayat Sakom yang telah mati akibat masalah usus di sebuah rumah sewa dalam daerah Phra Nakhon.
Namun, ketika proses pengecaman mayat, ahli keluarga Sakom melihat wajah Sakorn sedikit berbeza dengan wajah asal, kerana mayat tersebut tiada gigi hadapan.
Sakorn yang kini tinggal dirumah ahli keluarganya masih dianggap sebagai ‘roh’ dan hanya jelmaan oleh ahli keluarga sendiri serta penduduk setempat, walaupun ia sememangnya Sakorn.
BACA: