Saringan di kawasan PKPD sahaja sumbang 1,346 kes – MB

Saringan di kawasan PKPD sahaja sumbang 1,346 kes . Peningkatan kes positif Covid-19 di Selangor yang mencatatkan lebih separuh dari kes harian semalam disebabkan ujian saringan menyeluruh yang dilaksanakan di negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, saringan menyeluruh yang dilakukan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) menyumbang kepada keseluruhan berjumlah 1,346 kes selain saringan kontak rapat dari kes positif di PKPD.

Saringan

Beliau juga memaklumkan telah mengesyorkan beberapa cadangan untuk dipertimbang dan dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

“Pertama, mengekalkan penutupan sektor ekonomi dan industri yang telah ditetapkan sehingga tamat pelaksanaan PKPD.

“Kerajaan Negeri mencadangkan agar hanya sektor ekonomi yang benar-benar perlu sahaja dibuka bagi pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam satu hantaran Facebooknya semalam.

Amiruddin berkata, kerajaan negeri mendapati bahawa matlamat pelaksanaan PKPD bagi memutuskan rantaian wabak serta mengurangkan beban kepada sistem kesihatan negara masih belum lagi dicapai.

Justeru, kerajaan negeri turut mencadangkan agar vaksinasi pekerja dipercepatkan dan kadar vaksinasi ditentukan sebagai antara faktor pembukaan sektor ekonomi.

Berita Penuh :https://malaysiadateline.com/kes-mencanak-di-selangor-berpunca-dari-saringan-menyeluruh-di-kawasan-pkpd/

kalau Anda Terlepas: PH desak yuran pengajian Universiti dikurangkan masa ini

CATEGORIES