Sarimah Ibrahim rupanya isteri cucunda Yang di-Pertuan Besar N.Sembilan ramai tak tahu

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Semua mata terpegun melihat kecantikan pengacara popular Sarimah Ibrahim di kaca TV semalam.

Walaupun sudah menganjak ke umur ke-46 tahun ini, seri muka pelakon dan pengacara itu masih nampak muda.

Sarimah Ibrahim semalam muncul mengacara Tiktok Awards 2024 di saluran TV3 bersama-sama Janna Nick.

Namun ramai tak tahu sebenarnya Sarimah Ibrahim ada gelaran Che Puan kerana berkawin dengan kerabat diraja

Apabila Janna Nick semalam memanggil gelaran ‘CP’ kepada Sarimah semalam baru tahu maksudnya.

Sarimah Ibrahim rupanya isteri cucunda Yang di-Pertuan Besar N.Sembilan ramai tak tahu

Che Puan Sarimah bertemu jodoh dengan suaminya, Tunku Nadzimuddin iaitu cucunda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10 pada 2 April 2015.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tunku Sofia Najihah, 4.

Memetik laporan dari Harian metro pada Jun lalu, Che Puan Sarimah Ibrahim menyifatkan statusnya sebagai isteri kepada kerabat diraja bukan ‘tiket’ untuk dirinya tidak lagi aktif sebagai wanita berkerjaya dalam bidang seni.

“Walaupun saya anak perempuan tunggal dalam keluarga yang mempunyai tiga adik lelaki, namun sebagai kakak yang sulung, sudah pasti saya perlu menunjukkan contoh yang baik kepada adik-beradik lain, terutama perlunya berdikari sendiri.

“Malah, apabila saya bertemu jodoh dengan suami yang juga kerabat diraja, masih tiada apa yang berubah dalam karier kerana saya sendiri memang suka bekerja dan tidak boleh duduk diam saja walaupun suami saya mampu menanggung segalanya.

“Apatah lagi, bagi saya antara kerjaya dan tanggungjawab sebagai isteri serta ibu itu perlu dipisahkan sebaiknya. Jadi, apa-apa yang saya buat untuk kerjaya adalah tanggungan sendiri,” katanya seperti di laporan Harian Metro.

Baca; Pelajar universiti tertekan mak ayah awal-awal dah rembat duit PTPTN, siap buat ‘loan’