Sanusi tekad eskport ketum jika PN menang

Sanusi tekad eskport ketum jika PN menang. Kedah akan meneruskan usaha mendapatkan kebenaran melakukan aktiviti mengeksport daun ketum ke Thailand secara sah daripada kerajaan Persekutuan bagi membantu meningkatkan ekonomi rakyat di negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata kerajaan negeri yakin usaha itu akan dapat direalisasikan sekiranya rakyat memberi kepercayaan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Insya-Allah, Perdana Menteri kita yang ke-10 (Tan Sri Muhyiddin Yassin) nanti akan mengusahakan sesuatu untuk penanam-penanam ketum, kita akan usaha sampai jadi.

“Saya yakin hal ini akan dipertimbangkan oleh kerajaan Persekutuan selepas ini. Kita ini negeri miskin, kalau jual ketum di sini RM30 sekilogram (kg) dan kalau seludup jual di Siam (Thailand) jadi RM150.

“Sebab itu kita perlu benarkan eksport ketum ini (secara sah), hari itu dekat-dekat hendak jadi, tetapi mereka bubar Parlimen pula.

Sanusi tekad eskport ketum jika PN menang

“Kalau tak, semua orang (yang tanam) di Pendang ini sudah jadi jutawan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran PN Best dan Manifesto PN Negeri Kedah di sini, malam tadi.

Majlis itu dilancarkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah, berkata terdapat kebaikan sekiranya kerajaan membenarkan aktiviti eksport daun ketum segar daripada terus berlaku penyeludupan tumbuhan itu, selain disalah guna oleh masyarakat.

“Kalau tak benarkan itulah yang rebus di rumah orang beli sampai jadi hitam kulit (minum), lepas tu kepala pening. kita tak mahu orang kita ‘rosak’.

“Apabila kita eksport ke sana mereka (Thailand) akan proses jadi ubat, minuman berkhasiat dan pelbagai teknologi lagi ada untuk tujuan kesihatan.

“Ada juga kes orang yang seludup bawa daun ketum lari (daripada penguatkuasa) sehingga jatuh gaung dan mati. Kalau dia tak perlu lari mungkin dia hidup sampai sekarang,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, bagaimanapun sekiranya kerajaan memberi kebenaran, lesen mengeksport daun ketum dicadangkan diberi kepada anak syarikat kerajaan negeri atau syarikat tertentu supaya ia dapat dikawal.

“Bukan saja orang Pendang boleh jadi jutawan, malah orang Sik dan Padang Terap juga boleh kaya, tapi sesiapa yang tak tanam lagi jangan tanam, tunggu dulu,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan Persekutuan dicadang memberi kebenaran kepada Kedah bagi mengeksport daun ketum secara sah ke Thailand.

Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, proses mengeksport bahan itu bagaimanapun memerlukan peraturan tertentu supaya ia dapat dilakukan secara teratur dan mengikut peraturan.

BACA:

DSV didakwa di mahkamah hari ini

Sepanduk Mat Said cabul kehormatan dinaikkan di Terengganu

Tak perlu lagi Mushroom Seasoning, guna 3 bahan ni sahaja sebagai pengganti