“Sampai satu tahap aku kenal awek kat wechat hanya dia tempat aku luah rasa sekali lain pula jadi dekat isteri buat aku terduduk”

“Sampai satu tahap aku kenal awek kat wechat hanya dia tempat aku luah rasa sekali lain pula jadi dekat isteri buat aku terduduk”

aku berumah tangga selama 5 tahun, isteriku dulu seorang yang kaya lagi cantik,

aku pula anak yatim piatu, aku miskin, aku jumpa isteri aku di tempat kerja, aku kerja sebagai makenik, isteri aku pula bekerja di syarikat bapanya..

"Sampai satu tahap aku kenal awek kat wechat hanya dia tempat aku luah rasa sekali lain pula jadi dekat isteri buat aku terduduk"

isteri nak servise kereta masa tu, aku buat kan, aku tak sangka kami boleh bercinta, di pendek kan cerita, aku yang ayat dlu. Pertama sekadar bergurau, namun tak sangka kami di tahap serius..

2 tahun bercinta senyap2. Tiba2 isteri aku cakap ayahnya jodoh kan isteri aku dengan anak orang kaya, aku cakap pada isteri, terima sajalah sebab aku ni bukan siapa2.

Hanya orang yang miskin lagi hna, aku tak mampu beri apa2 pada dia, beza aku dan anak orang kaya itu bagaikan langit dan bumi, aku sedar aku siapa. Namun isteri aku cakap dia sangup bersusah senang dengan aku, dia ajak aku jumpa ayah dia..

Pada keesokkan harinya. Aku berjumpa ayah isteriku, aku menyatakan kalau aku ingin memperisterikan anaknya. Namun aku dijadikan bahan jenaka. Aku di hna, aku dibuat macam smph yang tidak punya harga diri.

Aku merayu kalau aku mampu jaga anak dia. Mak isteri aku cakap mampu macam mana. Barang make up isteri aku sebulan rm1k belum lagi baju, beg tangan dan makanan isteri aku. Isteri aku tak biasa makan benda mur4h.. namun isteri aku menangis2 katanya dia sangup untuk hidup bersama aku.

Ayah isteri ku cakap. Kalau isteriku mahu berkahwin dengan aku, boleh tapi harta isteri aku tak akan dapat. harta hanya akan diberikan kepada anak kami, dan aku tak boleh sentuh harta anak kami..

jadi selepas kawin, ayah isteriku tidak akan berikan isteriku duit walau satu sen. Dan harta isteri semua disita dan anak dieberikan pada anak kami nanti. Isteriku setuju, mak isteriku membantah namun tetap menerima keputusan suaminya..

Kisah bermula lepas kami bernikah, isteriku tinggal dengan aku. Pertama kali kami tinggal hanya dibilik yang kecil, memang ini saja yang aku mampu, kadang kadang kami hanya makan nasi berlauk ikan bilis dan telur dengan kicap sahaja, namun semakin lama, rezeki melimpah ruah, isteri aku diterima bekerja sebagai nurse.

dengan gaji isteriku itulah kami hidup. Dan dengan simpanan isteri, aku mampu buka bangkel sendiri, makin hari aku makin ramai pelanggan, Alhamdulillah, akhirnya kami mampu beli rumah, dan kereta.. hidup kami dah kira senang.

Tapi sampai saat ini kami belum dikurniakan anak, lama kelamaan aku mula bosan, isteri aku pula kerja tak tentu masa, kadang aku kerja isteri dirumah, bila aku call wasap, lambat bls sebab sibuk katanya. kadang aku dirumah isteri pula kerja, makin lama kami makin menjauh,

Sampai satu tahap aku mula kenal dengan seseorang di we chat hanya dia lah tempat untuk aku meluah semua apa yang rasa, meluah bosan, pernah sekali isteriku kursus selama seminggu, aku bosan yang teramat, aku jumpa kenalan we chat aku itu, dan kami terlanjur, aku rasa menyesal sangat.

Tapi apa Kan daya, aku terlalu bosan. Kenalan we chat ku itu pula adalah isteri orang, aku tau aku salah, tapi aku terlalu bosan. Oleh kerana terlalu mengharapkan belaian seorang wanita akhirnya aku tewas, selepas wanita itu, aku kenal dengan wanita lain pula, aku tau aku salah, tapi aku makin ketagih, aku terlanjur dengan ramai wanita.

Baru2 ini, aku nak pergi derma da4rah, d4rah aku tak diterima, bila cek Allahuakbar aku di sah kan dijangkiti hiv. Saat itu badan aku terketar2. Aku mula fikir pasal isteriku,Balik rumah je, isteri aku berperangai seperti biasa, aku sangat menyesal atas apa yang aku buat, tapi aku tak berani nak berterus terang dengan isteriku.

Aku jalani hidup macam biasa, bila aku dah berubah, macam2 dugaan datang. 2 orang wanita datang kepadaku dan mengaku kalau mereka kandungkan anakku. Aku terpaksa tidak mengaku itu anakku sebab aku taknak isteriku tahu kegiatanku. Aku tahu aku salah.

Dah wanita2 tersebut datang berjumpa isteriku tapi aku menafikan. Ya memang salahku. Mereka juga tunjukkan bukti, ya isteriku sepertinya curiga tapi tetap meneruskan hidup macam biasa. Sampailah satu masa, wanita tu tidak mahu menggrkan kandungan dan mengu gut aku untuk buat report.

Tapi aku bawa perempuan itu dan bagi makan ubat untuk ggrkan kandungan dan semuanya sudah berakhir. Namun satu lagi masalah datang. Bila isteri aku disahkan hamil. Awalnya aku sangat gembira, kami sangat bahagia pada awalnya.

Tapi itu hanya sementara, bila isteriku di sahkan kena hiv, pada awalnya aku salahkan isteriku, aku masih ego, aku tuduh isteriku ada lelaki lain, aku tuduh isteriku berzna, aku tuduh isteriku penyebar h1v ya Allah kej4mnya aku.

Aku lari dari rumah, aku tinggalkan isteri dan bayi yang dia kandung. Keadaan aku makin teruk.. dan sekarang tiada siapa yang jaga aku. Aku balik kerumah ibu saudaraku, aku terus terang semua padnya, aku cerita kalau aku yang salah.

Aku sedar bertapa susahkan aku dapatkan isteriku, tapi ini yang aku balas pada dia. Ya Allah kej4mnya. Aku. Aku menyesal dengan apa yang aku buat. Aku balik rumah, cari isteriku. Aku nak minta maaf, aku tau aku salah. Tapi isteriku sudah tiada dirumah.

Aku cari kemana mana. Rupanya isteriku sudah balik kerumah keluarganya. Dan istrriku sudah melahirkan anak kami yang sunggu comel. Alhamdulillah anak kami bebas dari jangkitan. Dan isteri ku masih positif.

Yang jadi masalah. Keluarga isteri tidak membebnarkan isteri berjumpa aku. Aku dihalau bagaikan peng€mis. Aku tau aku salah tapi isteriku masih sah isteriku. Dia dan anakku adalah hak ku. Kenapa kami dipisahkan. Dan rupa2nya keluarga suami sudah tahu semuanya berpunca dari aku.

Dan mereka berkata kalau mereka menyesal sebab tak bn h aku dari dulu. Ya Allah. Macam mana nak ambil isteriku semula. Aku sayangkan dia. Sayangkan anak kami.

Aku nak bersama dengan dia sampai akhir hayat kami. Family dia tak ada hak nak pisahkan kami. Mereka nak kami bercerai. Aku tak sanggup kehilangan isteriku. Tolong aku.

BACA:

“Suami bangun dan terkejut kenapa, aku cakap ‘kaulah laki paling babi aku pernah kenal!’, bila aku tunjuk bukti, dia hanya mampu diam”

“Sebelum ini aku pernah intai, tapi tak dapat tengok, sekali aku dapat buka hp suami, rupanya suami buat onar belakang aku!”