Sampai bila PM mahu berdiam diri isu Azam Baki ?

Sampai bila PM mahu berdiam diri isu Azam Baki. SPRM terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri. Ini bermakna Azam Baki sebagai Ketua Persuruhjaya SPRM bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.

Tan Sri Azam Baki dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ke jawatan Ketua Persuruhjaya SPRM atas nasihat Perdana Menteri di bawah Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Ini menjelaskan lagi bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri perlu menyelesaikan kontroversi kedudukan Azam Baki sebagai Ketua Persuruhjaya SPRM yang dipertikaikan sekarang bersabit isu pemilikan saham oleh beliau di Syarikat tersenarai.

Langkah yang telus dan adil patut diambil oleh Perdana Menteri Ismail Sabri ialah, yang pertama menasihatkan Azam Baki supaya bercuti.

Kedua, Perdana Menteri perlu mendapatkan nasihat dari Penasihat undang-undang iaitu Peguam Negara yang juga bertindak sebagai Pendakwa Raya tentang kedudukan Azam Baki dari segi perundangan.

Perdana Menteri perlu memulakan inisiatif supaya laporan rasmi kepada SPRM Dan juga PDRM berkait Tan Sri Azam Baki dibuat.

Serahkan secara professional kertas siasatan SPRM Dan PDRM kepada Jabatan Peguam Negara merangkap Pendakwa Raya untuk membuat keputusan sama ada satu pertuduhan patut dikenakan ke atas Azam Baki ataupun tidak.

Jika ini dapat dilakukan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri dan dilihat jelas oleh rakyat bahawa Perdana Menteri menangani Isu ini dengan serius secara berhemah Dan bertanggungjawab berdasarkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan maka Perdana Menteri akan dipuji Dan dihormati oleh Rakyat, malah oleh Dunia umumnya sebagai Perdana Menteri yang bersungguh-sungguh untuk memerangi Rasuah di Negara Malaysia tercinta ini.

BACA JUGA : Berlaku fenomena kilat di kutub utara, ini membimbangkan para saintis
Basant Khaled : Kisah tragis buli siber
Mana pergi wang kutipan derma RM10 juta?, Ini penjelasan Pengetua Tahfiz

Artikel ini disiarkan pada 07/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)