‘Sambutlah cintaku wahai kambing’ Netizen hilang fokus Fattah Amin buat live jual daging kambing

Oleh ISMAIL YAHYA

Seperti pelaris produk, ketampanan pelakon Fattah Amin ketika muncul dalam sesi siaran langsung

Menjual jenama makanan sejuk beku malam ini membuatkan ramai netizen, terutama wanita, tidak keruan.

Mendapat lebih 100,000 tontonan dalam tempoh kurang sejam, rata-rata netizen mengakui mereka menonton

sesi ‘live’ tersebut yang mula bersiaran sekitar pukul 9 malam hanya disebabkan oleh Fattah.

Fattah, atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, yang ligat mempromosikan jenama tersebut, turut menerima pelbagai jenis ‘gift’ TikTok mewah daripada netizen.

'Sambutlah cintaku wahai kambing' Netizen hilang fokus Fattah Amin buat live jual daging kambing

“Aku masuk live ini semata-mata sebab Fattah sahaja. Kacak sungguh sekarang!

“Jangan dekat dengan skrin telefon Fattah, hati rasa gemuruh.

“Laris jualan daging kambing sebab Fattah. Pelaris sungguh!” komen netizen.

@pakmatwesterncafee Agak mengejutkan tindakan Fattah Amin #fattahamin #fyp ♬ original sound – pakmatwesternhq

Tidak kurang juga yang mahu melihat Fattah menyanyi dalam siaran langsung tersebut.

Terdahulu, pada 12 Oktober lalu, Fattah yang pertama kali melakukan ‘live’ dalam aplikasi berkenaan meraih lebih 49,000 tontonan pengguna dan mendapat lebih 26 juta tanda suka.

Sejak disahkan bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Nur Fazura, pada 7 Oktober lalu, populariti Fattah semakin meroket.

Dia kini digelar duda paling ‘hot’ dan ramai golongan wanita mencipta konten lucu mengenainya, seperti ‘Ada Fattah untuk dihalalkan’.

BACA: Dah lama P Ramlee rancang ramai lalai, ini maksud sebenar ‘niat enson matakaji semar ngiseng’