Pelbagai tuduhan eksploitasi kanak-kanak di rumah-rumah amal yang diwujudkan dan dikendalikan oleh GISB Holdings kini menjadi tajuk utama berita.
Dengan jumlah aset yang dianggarkan bernilai RM325 juta, GISB Holdings mengendalikan 415 perniagaan di seluruh dunia.
Ini termasuk oasis padang pasir di Arab Saudi, restoran antarabangsa di London, Paris, Istanbul, Dubai, dan Makkah, serta sebuah estet seluas 120 ekar di Perth, dan banyak lagi.
Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2010 selepas menukar jenama daripada Global Ikhwan Sdn Bhd kepada GISB Holdings.
Difahamkan, GISB Holdings diasaskan daripada cabang perniagaan gerakan Al-Arqam.
Untuk rekod, Al-Arqam telah diisytiharkan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994, dan pengasasnya sebelum ini pernah ditahan selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Berikut adalah senarai setiap subsidiari syarikat yang dimiliki oleh GISB Holdings, berdasarkan laman web rasmi mereka:
1. GISB Mart Sdn Bhd
2. GISB Bakery, Restaurant & Catering Sdn. Bhd.
3. GISB Industries Sdn Bhd
4. GISB Distributor Sdn Bhd
5. GISB Medicare Sdn Bhd
6. GISB Event Management Sdn Bhd
7. GISB Consultancy and Services Sdn Bhd
8. GISB Travel & Tours Sdn Bhd
9. GISB Hi Tech Sdn Bhd
10. GISB Maritime Sdn Bhd
11. GISBH Berbahagia Sdn Bhd
12. Ikhwan Biotechnology Sdn Bhd
13. Ikhwan TV Network Sdn Bhd
14. GISB Academy Sdn Bhd
15. GISB Security Services Sdn Bhd
16. Permodalan Berjiwa Sdn Bhd
17. GISB Aeilah Mart Sdn Bhd
18. GISB Poultry Sdn Bhd
19. Ikhwan Meat & Chicken Supplies Sdn Bhd
20. Ikhwan Fateh Poultry Sdn Bhd
21. Ikhwan Hatchery Sdn Bhd
22. Ikhwan Perkasa Genetik Sdn Bhd
23. Fateh Biotech Sdn Bhd
24. Ikhwan Travel Marketing & Services Sdn Bhd
25. GISB Properties & Development Sdn Bhd
BACA: Penghargaan atas jasa, Sarjan Misai terima gaji sepanjang hayat dari Skop Production