“Salah aku tak didik kau dengan betul, salah aku dengan mak kau tak didik kau cara jadi suami dan lelaki yang baik, kau ceraikan bini kau!”

Ni kisah tentang abang aku yang tak guna dan kak ipar aku. Aku ada seorang akak ipar. Akak ipar yang sangat baik.

Bukan setakat akak ipar yang baik tapi menantu yang baik buat mak dan ayah aku.

Tapi sayang sebab dia berjodoh dengan abang aku. Kami satu keluarga ni memang suka isteri abang aku.

"Salah aku tak didik kau dengan betul, salah aku dengan mak kau tak didik kau cara jadi suami dan lelaki yang baik, kau ceraikan bini kau!"

Dia ni peramah rajin baik penyayang segala pakej lengkap ada. Akak ipar aku ni dia suka meniaga dekat rumah. Pada awalnya macam setakat jual jajan depan rumah.

Lepastu jual makanan macam mee bandung, soto, makanan yang mudah – mudah dekat depan rumah sahaja. Sehari tu jejak lah juga 100 ringgit sebelum tolak segala macam cost. Abang aku ni pula jenis biawak hidup sekejap kerja, sekejap tidak.

Baca Artikel Penuh