Saksi dedah Najib arah agar Jabatan Audit tak sebut tentang Jho Low

Saksi

Saksi dedah Najib arah agar Jabatan Audit tak sebut tentang Jho Low.Bekas setiausaha sulit Najib Razak, Shukry Mohd Salleh mendakwa bekas perdana menteri itu mengarahkannya agar memberitahu Jabatan Audit Negara (JAN) untuk tidak menyebut berkenaan Low Taek Jho dan isu sensitif lain dalam laporan audit 1MDB.

Shukry yang menjadi saksi pendakwaan kesebelas berkata demikian dalam ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes pinda laporan audit 1MDB hari ini.

Dia berkata Najib memberi arahan itu kepadanya dalam satu pertemuan pada 26 Februari 2016.

Najib memberi arahan itu agar pihak pembangkang ketika itu tidak boleh menggunakan isu tersebut dalam kritikan mereka, dakwanya.

“Pada 26 Februari 2016, saya jumpa Najib di pejabatnya an Najib arahkan saya, lebih kurang, (kata) macam ini, ‘Shukry, anda beritahu audit agar isu sensitif dan tak relevan seperti Jho Low dalam 1MDB tak dimasukkan dalam laporan’.

“‘Jika pembangkang dapat tahu perkara ini, ia boleh jadi isu’,” katanya ketika membaca pernyataan saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Saksi

Shukry juga mendakwa dia kemudian menghubungi bekas pengarah JAN ketika itu, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad untuk menyampaikan arahan Najib.

Najib dituduh menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan terhadap laporan audit akhir 1MDB sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, untuk mengelakkan tindakan terhadapnya.

Tertuduh bersama Arul Kanda Kandasamy, iaitu bekas CEO 1MDB, didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan tersebut.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali jumlah suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan menyatakan keputusan untuk meminda laporan itu dibuat dalam mesyuarat di pejabat ketua setiausaha negara ketika itu, Ali Hamsa pada 24 Februari 2016.

Ia didakwa dibuat untuk mengarahkan bahagian tertentu laporan audit 1MDB diubah atau dipadam, termasuk isu kehadiran Jho Low dalam mesyuarat lembaga pengarah.

Selain Ali dan Arul Kanda, antara yang hadir dalam mesyuarat itu adalah bekas ketua audit negara Ambrin Buang, shukry dan wakil Jabatan Peguam Negara ketika itu, Dzulkifli Ahmad.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/593434

BACA: PRU15 : Bersatu masih berharap rundingan dengan Umno

COMMENTS

Wordpress (0)