Sajat : Thailand dilapor belum terima permohonan dari pihak berkuasa Malaysia

Thailand sedang mempertimbangkan untuk menghantar pulang pengusaha kosmetik Muhammad Sajjad Kamarul Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat, yang melarikan diri ke Thailand dan didakwa pihak berkuasa Thailand atas kesalahan imigresen.

Timbalan Komander dan jurucakap Biro Imigresen Achayon Kraithong, berkata Muhammad Sajjad ditahan kerana masuk secara haram.

“Ada banyak prosedur (untuk hantar pulang Muhammad Sajjad) … kita perlu mengikuti undang-undang imigresen. Sama ada untuk menghantar (Muhammad Sajjad) balik atau tidak, ia masih dipertimbangkan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sajat : Thailand dilapor belum terima permohonan dari pihak berkuasa Malaysia

Penyelidik Human Rights Watch Thailand Sunai Phasuk berkata Nur Sajat diakui sebagai pelarian UNHCR. (Gambar Instagram)

Bagaimanapun, Bernama difahamkan pihak berkuasa Thailand masih belum menerima sebarang permohonan daripada pihak berkuasa Malaysia.

Muhammad Sajjad ditahan pegawai imigresen Thailand pada 8 September kerana pasport tidak sah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM8,343 pada 10 September lalu.

Pada Selasa, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berusaha bersama Kementerian Luar dan Pejabat Peguam Negara untuk proses mengekstradisi ahli perniagaan kosmetik itu ke Malaysia.

Muhammad Sajjad diburu pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pada 23 Februari kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 15 Jun lalu, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.

Media melaporkan Muhammad Sajjad telah memohon status pelarian dari Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan sedang mengintai untuk pindah ke Australia.

Sementara itu, Thailand mengulangi bahawa kes Muhammad Sajjad akan dikendalikan mengikut lunas undang-undang negara itu.

Jurucakap Kementerian Luar Thailand, Tanee Sangrat berkata, “Kami tangani kes ini berlandaskan kemanusiaan dan undang-undang”.

Sementara itu, penyelidik Human Rights Watch Thailand Sunai Phasuk, berkata Muhammad Sajjad diakui sebagai pelarian oleh UNHCR.

“Thailand tertakluk di bawah prinsip peraturan antarabangsa, tiada penghantaran pulang paksa yang melarang menghantar pulang seseorang ke negara di mana mereka mungkin menghadapi pendakwaan atau penganiayaan serius,” katanya.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/22/thailand-belum-buat-keputusan-mengenai-hantar-pulang-nur-sajat/

BACA JUGA : Siapa bantu Sajat hingga boleh lolos sempadan negara?

COMMENTS

Wordpress (0)