Saintis sahkan manusia berketurunan makhluk asing dijumpai

Saintis sahkan manusia berketurunan makhluk asing dijumpai.Kajian terbaharu sepasukan saintis Jepun mendedahkan bahawa manusia berkemungkinan ialah makhluk asing yang menjelajah Bumi dari sebuah planet yang terletak bertrilion batu jauhnya, lapor akhbar The Sun, semalam.

Blok binaan kimia dalam asid deoksiribonukleik (DNA) manusia telah dikesan buat kali pertama dalam asteroid yang melanda Bumi berbilion tahun lalu.

Ini bermakna, benih kehidupan Bumi mungkin berasal dari tempat lain di alam semesta dan manusia boleh berkembang maju di sebuah planet yang tidak diketahui lokasinya.

Sampel daripada tiga meteorit yang kaya dengan karbon dipanggil Murchison, Murray dan Tagish Lake, telah dianalisis menggunakan teknik terkini.

Profesor dari Universiti Hokkaido, Yasuhiro Oba memberitahu bahawa pasukannya menemui pelbagai jenis bahan organik, termasuk nukleobase dalam blok binaan asas kehidupan manusia.

“Ini mungkin dihantar ke Bumi melalui asteroid, meteorit, komet dan zarah debu antara planet empat bilion tahun lalu apabila planet kita dihujani oleh serpihan dari angkasa lepas.

“Kami percaya kemasukan bahan organik ini memainkan peranan penting dalam evolusi kehidupan di Bumi.

“Ini adalah penemuan yang sangat menarik yang meluaskan pemahaman kita tentang bagaimana kehidupan bermula,” kata Oba
TONTON :

BACA: 

Felda umum beri duit raya RM200 kepada golongan peneroka ini

Sampai bila nak hadap banjir kilat di Lembah Klang? Ini jawapan kerajaan

Sudah boleh buka pelitup muka bermula 1 Mei – Khairy

CATEGORIES