Saintis jumpa 7,000kg sampah di Planet Marikh, tak sangka jumpa benda ni

Saintis jumpa 7,000kg sampah di Planet Marikh, tak sangka jumpa benda ni

Saintis jumpa 7,000kg sampah di Planet Marikh, tak sangka jumpa benda ni. Manusia meninggalkan lebih 7,000 (kg) peralatan angkasa yang digunakan sejak 50 tahun lalu.

Felo penyelidik pasca kedoktoran bidang robotik di Universiti Virginia, Amerika Syarikat, Cagri Kilic, yang menganalisis jisim semua kenderaan robotik dan pengorbit yang dihantar ke Marikh, tanpa mengambil kira berat daripada kenderaan sedang beroperasi ketika ini, mendapati sebanyak 7,118kg serpihan bersepah di planet Marikh.

Antara serpihan itu adalah perkakasan yang dibuang, kapal angkasa tidak aktif atau yang terhempas di permukaan planet termasuk pengorbit Marikh 2 Kesatuan Soviet yang terhempas ketika melakukan pendaratan pada 1971.

Bukan hanya manusia melakukan pencemaran di bumi, saintis juga bimbang serpihan itu boleh mencemarkan sampel yang dikumpulkan kenderaan robotik, Perseverance yang ketika ini dalam misi mencari bukti kehidupan lampau di planet Marikh.

Kebanyakan serpihan itu tidak dapat dielakkan memandangkan banyak bahagian perlu dibuang untuk melindungi kenderaan angkasa ketika ia meluncur melalui atmosfera planet merah.

Saintis jumpa 7,000kg sampah di Planet Marikh, tak sangka jumpa benda ni

Ia termasuk kenderaan Perseverance dilancarkan Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang terpaksa mengharungi tujuh minit kesukaran ketika mendarat pada Februari 2021.

Kenderaan robotik itu didapati merakam beberapa imej serpihan ketika dalam misinya.

Jun lalu, pasukan NASA mengesan cahaya dalam sekeping imej dihantar oleh kenderaan Perseverance yang kemudian diarahkan untuk meneliti semula. – AGENSI

BACA:

Tragis..bayi umur 8 bulan tertelan pengetip kuku sebesar ini

Netizen kutuk Nora Danish pakai ‘sesuatu’ bagi nampak kurus, benda ni rupanya

Video jiran bergaduh sampai berdarah jadi tular, longgok rumput depan rumah punya pasal

CATEGORIES