Saintis dapati jarak bulan semakin jauh dari bumi, ini kesannya…

Para saintis menyuarakan kebimbangan bahawa Bumi bakal menjadi tidak stabil disebabkan jarak bulan yang kini berada semakin jauh dari planet ini, lapor akhbar Daily Star semalam.

Sepanjang kewujudannya, saintis mendapati bahawa bulan telah bergerak menjauhi Bumi.

Biarpun perkara tersebut merupakan sesuatu yang normal, para saintis percaya bahawa bulan kelak akan meninggalkan Bumi buat selama-lamanya.

Saintis dapati jarak bulan semakin jauh dari bumi, ini kesannya...

Bulan kini bergerak semakin menjauhi Bumi. – Getty Images

Menurut jurnal Earth, Planets and Space, keadaan itu akan menyebabkan kekacauan dalam setiap aspek kehidupan manusia kerana putaran graviti Bumi dan bulan memberi kesan kepada laut, matahari, mamalia, tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi.

Sementara itu, beberapa pakar lain turut memberi amaran bahawa bulan boleh berada pada jarak yang semakin hampir dengan Bumi yang boleh menyebabkan ia dimusnahkan oleh graviti.

Namun, sehingga kini, tiada sesiapa yang boleh menjangkakan bila perkara itu akan berlaku.

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/10/07/saintis-ramal-bumi-menjadi-tidak-stabil-kerana-bulan-semakin-menjauh/

BACA JUGA : Panas !!! Ayob Khan dedah banyak terima ‘surat layang’

COMMENTS

Wordpress (0)