Saiful Apek dan Yasin tersingkir, DS Vida dedah ‘permainan’ belakang GV

Saiful Apek dan Yasin tersingkir, DS Vida dedah ‘permainan’ belakang GV. Usahawan selebriti popular, Datuk Seri Vida, melahirkan rasa ketidakpuasan hati berhubung keputusan senarai peserta program realiti, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam semalam yang dianggap tidak adil.

Menurut Vida, seakan ada masalah pada pertandingan tersebut yang telah pun memasuki minggu kelapan apabila menyaksikan duo kesayangan ramai, Sa. Ya (Saiful Apek dan Yasin) tidak mampu meneruskan perjuangan untuk ke pentas separuh akhir pada minggu hadapan.

“Saya rasa GV ada masalah pada minggu penting ini, menuju ke pentas separuh akhir. Bagi saya, persembahan duo Sa.Ya ada ‘X Factor’ pada malam semalam. Tetapi, Shidee pula yang nak disimpan, nak diselamatkan.

“Nampak sangat pilih bulu. Bulu pahat tak keluar suara, tapi disimpan? Atas dasar apa?”katanya.

Saiful Apek dan Yasin tersingkir, DS Vida dedah 'permainan' belakang GV

Vida berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya malam tadi bagi mengulas mengenai keputusan dan senarai peserta yang terpilih untuk mara ke pentas separuh akhir pada minggu hadapan.

Selain itu, Vida seakan tidak bersetuju apabila penyanyi Shidee tidak disingkirkan memandangkan persembahannya pada malam semalam tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

“Sebab lagenda? Tapi kalau dah sah-sah pancit? Nak selamatkan lagi? Yang bagus disingkirkan. Adakah sebab mereka pelawak maka mereka jadi pengisi saja dalam GV?

“Tiba-tiba lain jadinya. Mereka berusaha memperbaiki kelemahahan dan akhirnya hasilkan peningkatan yang mengkagumkan setiap minggu.

“Saya tahulah mainan ini…saya mantan penaja GV,”katanya.

Perkongsian Vida tersebut telah mendapat respons yang pelbagai daripada pengikut dan peminatnya di media sosial.

Ada yang beranggapan pandangan Vida itu ada benarnya lantaran ramai peminat memberikan sokongan yang padu buat kedua-dua duo Sa.Ya.

Saiful dan Yassin pada minggu suku akhir GV telah mempersembahkan lagu berjudul Blues Terengganu nyanyian asal kumpulan Iklim namun hanya mampu meraih pungutan markah sebanyak 58.20%.

Berikutan markah yang dicatat adalah yang terendah, ia menyaksikan Sa.Ya terpaksa disingkirkan pada minggu ini dengan meninggalkan peserta lain iaitu Adibah Noor, Aliff Aziz, Aweera, Ani Mayuni, Shidee dan Azan Scan yang akan terus berentap di pentas separuh akhir nanti.

Konsert GV8 boleh diikuti di saluran 104 Astro Ria setiap Ahad pada pukul 9 malam selain di platform atas talian iaitu Astro Go dan perkhidmatan On Demand.

BACA JUGA :
‘Percutian’ Timbalan Menteri ke New Zealand kini cetus rasa tidak puas hati MP di sana
Lelaki bakar kubur bapa kerana tak puas hati dengan wasiat
Panas !!! Laporan dedah mengapa Ismail Sabri tak puas hati dengan Zahid

Artikel ini disiarkan pada 11/01/2022