Saifuddin bimbang MB Kedah mahu pertimbangkan buka semula lesen balak

Pengumumam mb kedah utk menimbang buka semula lesen balak di kedah saya sambut dgn kebimbangan.

Ini kerana polisi kjaan ng pimpinan mukhriz mahathir telah membekukan lesen balak.

Di kawasan saya ada hutan simpan gunung bongsu. Diwarta sebagai hutan simpan oleh british lagi. Pd 2008-13 masa tu mb kedah sekarang jadi setpol mb, kjaan kedah telah membatalkan pewartaan sebhg kawasan hutan simpan ini dan dibenarkan membalak.

Pembalakan juga berlaku di gunung inas.

Hasilnya? Masalah banjir yg tak berkesudahan. Sungai jadi cetek tak mampu tampung aliran air ketika hujan lebat. Kehidupan harian penduduk terjejas.

Kawasan hotspot banjir termasuklah:

Kampung paya, Ulu Mahang

Kg Seri BONGSU, Daerah Kulim
Cherok Meranti, Sg Batu, Sg Buluh

Terap Batu 10

Sg kob

Pembalakan, bukit di botak, kawasan kuari .. ini antara penyumbang utama banjir.

Adalah diharap mb kedah yg belum 2 minggu pegang jawatan tidak teruskan polisi yg diumum .. tkasih.

Sumber: