Saham dibeli adik guna akaun Azam Baki, kata Panel SPRM

Saham dibeli adik guna akaun Azam Baki, kata Panel SPRM. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menjelaskan, tindakan adiknya, Nasir Baki menggunakan nama beliau untuk membeli saham tidak seharusnya menjadi isu.

Menurutnya, sesiapa sahaja boleh menggunakan akaun orang lain untuk membeli saham di pasaran terbuka.

Katanya, ia bukan satu kesalahan untuk berbuat demikian.

Abu Zahar berkata mereka berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa dia tidak mempunyai manfaat kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut.

Sebelum ini, dakwaan konflik kepentingan tercetus melibatkan Azam yang dikatakan memiliki saham syarikat awam. Ia dikatakan menyebabkan Gomez meletak jawatan daripada panel berkenaan kerana dilihat gagal membincangkan perkara berkenaan.

Dalam surat peletakan jawatannya, Gomez, yang juga pakar ekonomi dan akademik berkata, perkara itu menimbulkan persoalan berkait “hubungan antara perniagaan dan pihak penguat kuasa” dan situasi “konflik kepentingan” membabitkan ketua SPRM itu.

Zahar kemudian menyatakan tidak pernah menerima surat daripada Gomez berhubung dakwaan terhadap Azam itu.

Beliau turut dilaporkan berkata, Gomez sepatutnya mengadu isu itu kepadanya atau membuat laporan polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

BACA:

Jangan terkejut jika Pas tinggalkan Bersatu kelak, kata Puad
Sumbangan banjir digunakan untuk beli arak?, Ini penjelasan MUDA

Artikel ini disiarkan pada 05/01/2022

COMMENTS

Wordpress (0)