Sah !!! Siti Saleha bercerai talak satu

Siti Saleha bercerai talak satu. Pelakon Siti Saleha sah bercerai talak satu dengan suaminya Ahmad Lutfi Azhar dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pagi tadi.

“Okey untuk hari ini kami sudah bercerai secara baik.

“Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa.

“Kami tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih,” katanya.

Terdahulu, pada 13 Oktober tahun lalu, pelakon drama fenomena 7 Hari Mencintaiku itu mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi, 36 selepas dibenarkan mahkamah.

Berita mengenai keretakan rumah tangga mereka mengejutkan ramai pihak apabila Saleha sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka dalam media sosial mahupun bersama media.

Meninjau dalam Instagram, kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar dia bersama suami pada 24 Mac tahun lalu.

Hantaran tersebut sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

Untuk rekod, Saleha, 32, melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017. Hasil perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

BACA JUGA : Menitis air mata pensyarah saat terserempak bekas pelajar, bergelut mencari rezeki
Ini ‘step by step’ cara tukar nama pemilik kenderaan yang telah meninggal dunia kepada waris
Penduduk Thailand beralih selera makan daging buaya setelah daging babi naik harga

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)