Sah! 'King' Myvi kini jadi kereta polis

Sah! ‘King’ Myvi kini jadi kereta polis

Sah! ‘King’ Myvi kini jadi kereta polis. Nampaknya segala teka-teki warganet mengenai beberapa unit Myvi versi ‘kereta peronda polis‘ dalam video tular baru-baru ini telah pun terjawab.

Menurut satu hantaran di laman Facebook SM Offroad dan Outdoor Equipment (SMOE), pihaknya memaklumkan pihaknya telah membekal dan memasang lampu strob dengan kerjasama AHM BIZ VENTURE untuk Perodua.

Projek ini merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Perodua bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi tugasan rondaan ringan untuk polis daerah yang terpilih.

Antara balai polis daerah yang bakal menerima “King” untuk tugasan rondaan itu nanti adalah Ulu Yam Bharu dan Serendah.

Lima unit Myvi pra-facelift varian AV telah disumbangkan oleh Perodua sebagai kereta peronda ini telah lengkap dipasang dengan pelekat grafik polis, termasuk lampu strob dan juga sistem siren.

Sah! 'King' Myvi kini jadi kereta polis

Jika dibandingkan dengan kereta peronda sebenar yang menggunakan warna asas putih, Myvi ini masih lagi mengekalkan warna asalnya iaitu Glittering Silver dan beberapa logo Perodua turut terpampang pada bonet depan, sisi dan belakang kereta.

BACA:

Jatuh apartment sambil peluk al-quran, kisah gadis ini jadi bualan

Khabar gembira untuk penjawat awam pada 30 Ogos ini

“Tolong beritahu dia, dia yang rugi tinggalkan Pas”, Idris kecam Khairuddin

CATEGORIES