Sah !!! 105 ahli parlimen pembangkang sepakat tolak Muhyiddin

Ahli Parlimen pembangkang hari ini menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyokong kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan bebas.

“Ahli-ahli parlimen PH bersama ahli-ahli parlimen Tuaran (Upko), Simpang Renggam (Bebas), Selangau dan Sri Aman (PSB) menegaskan bahawa kami tetap menolak kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.

Ahli Parlimen pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka — MYKMU.NET

“Adalah mustahil Tan Sri Mahiaddin masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah ahli parlimen kerajaan semalam.

“Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Tan Sri Mahiaddin dan seluruh jemaah

menteri mesti meletakkan jawatan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Wilfred Madius Tangau (Upko); Baru Bian (PSB) dan Masir Kujat (PSB).

Blok ini mempunyai 92 daripada 222 kerusi parlimen.

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Warisan Sabah mengeluarkan kenyataan secara berasingan.

Sementara itu itu, Ketua Penerangan Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin, berkata Pejuang tidak pernah menandatangani sebarang akuan bersumpah sokongan kepada Muhyiddin.

Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, ahli parlimen parti itu dengan tegas meminta perdana menteri dan barisan kabinetnya melepaskan jawatan.

Pejuang, Warisan dan Muda mempunyai 13 kerusi parlimen.

Jika semua pihak di atas sepakat, mereka mempunyai 105 anggota parlimen.

Digabungkan dengan 11 anggota parlimen Umno yang tampil dalam pengumuman menarik balik sokongan pada Muhyiddin semalam, semua pihak di atas mempunyai 116 kerusi dalam Dewan Rakyat.

Berita Penuh : https://www.malaysiakini.com/news/585844

BACA JUGA : Panas !!! Muhyiddin bakal lantik MP Umno jadi Menteri Tenaga yang baharu?

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)