SADIS | Dua beranak berbalah kerana anjing, berakhir dengan pembunuhan

SADIS | Dua beranak berbalah kerana anjing, berakhir dengan pembunuhan

Seorang bapa menembak anaknya sendiri selepas berang anjing peliharaan dibunuh lelaki itu.

Dalam kejadian yang berlaku di Alabama, Amerika Syarikat (AS), Kelvin Nicholas Coker, 32, menembak beberapa anjing peliharaan milik dia dan ayahnya.

Menurut kenyataan polis, Kelvin James Coker, 60, yang pulang tidak lama kemudian terkejut melihat dua anjing miliknya mati dan bergegas ke rumah anak lelakinya.

Perbalahan terjadi di antara mereka berdua sebelum si ayah menembak kaki anaknya selepas mendengar pengakuan lelaki itu.

Anaknya Nicholas membalas dengan tembakan jarak dekat menggunakan senapang patah yang membunuh ayahnya.

Nicholas bagaimanapun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Siasatan awal polis mendapati mereka sering menerima laporan berhubung keganasan domestik dalam keluarga Coker dan pegawainya pernah menerima laporan beberapa hari lalu.

Tidak dapat dipastikan punca Nicholas menembak mati anjing peliharaan keluarganya.

Kes tersebut masih disiasat dan pihak berkuasa akan memanggil saksi untuk membantu siasatan.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-dunia/bapa-dan-anak-saling-berbunuhan-selepas-berbalah-tentang-anjing-peliharaan-274223