Sabah sudah lama lingkup tanpa sumbangan Putrajaya, ungkit Azmin

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali menyifatkan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal sebagai ‘tidak mengenang budi’ atas sumbangan kerajaan pusat kepada negeri itu sebelum ini.

Kata Azmin, beliau telah banyak meluluskan peruntukan yang dipohon oleh Shafie untuk pembangunan negeri itu ketika menjadi menteri hal ekonomi di bawah kerajaan Perikatan Harapan.

Yang terbaru katanya, beliau juga meluluskan peruntukan sebanyak RM5.1 bilion ringgit kepada Sabah selepas Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan pusat.

“Duit daripada mana? Dari kerajaan persekutuan”

“Kalau tidak kerana sumbangan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri Sabah, sudah lama lingkup Warisan dan Shafie Apdal,”

Beliau berkata demikian ketika berucap di ceramah perdana Perikatan Nasional di Tambunan hari ini.

Berita penuh :

COMMENTS

Wordpress (0)