RUU anti lompat parti : Peguam Negara sudah diminta untuk gubal

Peguam Negara telah diminta untuk menggubal Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti, Dewan Rakyat dimaklumkan pada Khamis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bagaimanapun berkata, ia memerlukan kajian mendalam kerana soal itu amat rumit.

“Kerajaan pun baru bermula, proses undang-undang ini bukan (mengambil masa) tiga hari bukan tiga minggu, ambil masa,” katanya ketika menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

RUU anti lompat parti : Peguam Negara sudah diminta untuk gubal

Beliau menjawab celahan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) mengenai komitmen kerajaan untuk melaksanakan rang undang-undang itu serta sama ada tindakan lompat parti akan dijadikan kesalahan jenayah atau tidak.

Wan Junaidi berkata, apabila draf rang undang-undang itu siap, ia akan dibawa untuk dibincangkan dengan setiap ahli Parlimen terlebih dahulu sebelum dibentang di Parlimen.

“Apabila siap draf rang undang-undang itu nanti, kami baca satu persatu…, saya akan tanya setiap orang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said juga telah mengusulkan mengenai pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Rang Undang-Undang Pemecatan Ahli-Ahli Parlimen 2021 yang tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat kali ini.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/163140/BERITA/Nasional/Peguam-Negara-telah-diminta-gubal-Rang-Undang-Undang-Anti-Lompat-Parti

BACA JUGA : Lelaki dakwa temui ukiran wajah seseorang pada gunung di Planet Marikh

COMMENTS

Wordpress (0)