Rupanya Yang di-Pertuan Agong ke-17 pemegang saham individu kedua terbesar 7-Eleven Malaysia

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, telah menjadi pemegang saham individu kedua terbesar dalam 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd

Dengan kepentingan sebanyak 8.44 peratus setelah mengakuisisi 93.70 juta saham dalam rangkaian kedai serbaneka tersebut sejak Julai 2017.

Pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, menyatakan bahawa tindakan Sultan Ibrahim untuk menambah pegangan dalam syarikat itu adalah positif,

Rupanya Yang di-Pertuan Agong ke-17 pemegang saham individu kedua terbesar 7-Eleven Malaysia

memandangkan baginda dikenal sebagai pelabur bijak yang memilih syarikat dan perniagaan yang memiliki asas kukuh dan potensi pertumbuhan yang tinggi.

Pengerusi 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Abdull Hamid Embong, menyatakan bahawa tindakan Sultan Johor mencerminkan keyakinan baginda terhadap prestasi dan masa depan 7-Eleven Malaysia.

“Kami yakin dengan kehadiran pemegang saham sehebat Tuanku, kedudukan 7-Eleven dalam industri runcit akan dapat diperkukuhkan lagi,” tambah beliau.

7-Eleven, yang ditubuhkan pada tahun 1984, merupakan pengendali kedai serbaneka 24 jam perintis dan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 2,100 outlet di seluruh negara.

BACA: “Aku rasa mendidih sampai kepala, kenapa aku pula kena minta maaf pada orang yang hancurkan rumahtangga aku, kenapa bukan perempuan tu!”