Rupanya Pengerusi MKN Selangor adalah Noh Omar bukan MB

Rupanya Pengerusi MKN Selangor adalah Noh Omar bukan MB.Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melantik semula Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Lantikan tersebut berkuatkuasa hari Rabu, 22 Disember.

Melalui sebuah pengumuman yang dibuat sebentar tadi, Amirudin akan menggantikan Menteri Pembangunan dan Usahawan, Tan Sri Noh Omar yang telah dilantik sebagai Pengerusi MKN Selangor sejak bulan November 2021.

Sebelum Noh Omar, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim merupakan Pengerusi MKN Selangor.

Untuk rekod, lantikan Noh Omar dan Shahidan Kassim sebagai Pengerusi MKN Selangor merupakan amalan di luar “convention”, di mana Pengerusi MKN sesebuah negeri lazimnya merupakan Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri tersebut.

BACA: Setelah teruk dikritik, menteri jaga NADMA akhirnya bersuara
Jangan serah bulat-bulat urusan banjir, bencana kepada NADMA – Menteri
Tanpa arahan NADMA, tentera nekad turun bantu mangsa banjir terperangkap

Artikel ini disiarkan pada 21/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)