Rupanya komen rasis terhadap pemain badminton negara dibuat oleh pemimpin bahagian Bersatu

komen

Rupanya komen rasis terhadap pemain badminton negara dibuat oleh pemimpin bahagian Bersatu.Seorang individu yang melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap pemain badminton negara, S Kisona meletak jawatan daripada parti Bersatu.

Timbalan Presidennya, Ahmad Faizal Azumu mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi.

“Saya dapat makluman, pemimpin itu telah menghantar surat perletakan jawatannya dalam Bersatu Bahagian Pasir Puteh.

“Dia juga telah membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka,” katanya.

Difahamkan, individu tersebut merupakan naib pengerusi Bersatu bahagian Pasir Puteh, Kelantan.

Terdahulu, individu berkenaan menerima kritikan selepas melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Kisona ketika pemain itu beraksi dalam kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland malam tadi.

komen

Dalam kejohanan itu, Malaysia tumpas 1-3 kepada Jepun sekali gus gagal layak ke peringkat akhir yang dijadual berlangsung hari ini.

Kenyataan itu turut mengundang kritikan daripada Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan.

“Saya kecewa dengan semua yang berlaku dan berharap semua rakyat dan pemimpin mesti berhati-hati dalam apa juga tindakan yg boleh merosakkan keharmonian keluarga Malaysia,” kata Ahmad Faizal yang juga timbalan presiden Bersatu.

Pemuda MIC lapor polis

Sementara itu, Pemuda MIC hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit.

Setiausahanya, Andrew David berkata kenyataan seumpama itu tidak boleh dimaafkan.

“Menang dan kalah adalah sebahagian daripada permainan. Kami mengecam tindakan sedemikian perlu dipandang serius.

“Kami harap seluruh rakyat Malaysia perlu tolak pandangan tidak sihat oleh individu-individu sepertinya,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/sukan/593881

BACA: Panas !!! Mokhtar Senik tanya mana pergi peruntukan kepada pondok, tahfiz?

COMMENTS

Wordpress (2)
  • comment-avatar

    […] BACA: Rupanya komen rasis terhadap pemain badminton negara dibuat oleh pemimpin bahagian Bersatu […]

  • comment-avatar

    […] BACA: Rupanya komen rasis terhadap pemain badminton negara dibuat oleh pemimpin bahagian Bersatu […]