Kelewatan pelaksanaan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Fasa 1A di Sabah disebabkan oleh
Masalah pengambilan tanah dan pengalihan utiliti di sepanjang jajaran projek yang mengambil masa yang sangat lama, kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan.
Ahmad menjelaskan bahawa tindakan pemilik tanah yang enggan bekerjasama serta membawa isu tersebut ke mahkamah
Ia menyebabkan projek LPB tertangguh sehingga memerlukan tempoh lanjutan masa (EOT).
“Oleh itu, kita tidak mahu masalah ini berulang dalam pelaksanaan LPB Sabah Fasa 1B, di mana kontraktor pelaksana baru sahaja menerima Surat Setuju Terima (SST) dua hari lepas.
“Dalam hal pengambilan tanah dan pengalihan utiliti, ia boleh dipercepatkan. Sebagai contoh, pengambilan tanah mempunyai tempoh tertentu yang ditetapkan dalam seksyen tertentu,” katanya ketika meninjau pelaksanaan projek LPB Sabah Pakej 8 di Jalan Sepanggar-Berungis di Kota Kinabalu hari ini.
“Sebanyak empat pakej kerja telah siap dan dibuka kepada pengguna jalan raya, manakala pakej kerja selebihnya berada pada pelbagai peringkat pembinaan dan dijangka siap secara berfasa selewat-lewatnya pada suku pertama 2026. Anggaran jarak keseluruhan Fasa 1A adalah 283 kilometer,” katanya.
“Selain itu, saya berharap pasukan pembinaan dapat mengekalkan momentum penyiapan projek ini dengan menepati mutu yang ditetapkan dari segi kualiti, kos, dan masa selari dengan hasrat Program MY Jalan KK yang ingin menyediakan infrastruktur yang selesa dan selamat kepada semua rakyat Malaysia Madani secara konsisten,” tambahnya.
BACA: Sekali pandang macam pen marker dan gam UHU usaha, rupanya cubaan kaburi mata guru dan ibu bapa