Rupanya ini sebab lantai rumah orang india bersih berkilat macam cermin

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Apabila bercakap mengenai kebersihan rumah, pasti ramai mengagumi betapa kemas dan bersihnya dapur rumah kaum India.

Salah satu ciri persamaan yang diperhatikan di kebanyakan rumah kaum India adalah lantai yang sentiasa bersih. Betul tak?

Persoalan ini sering berlegar di fikiran orang ramai dan tentunya ramai yang ingin mengetahui sebabnya.

Rupanya ini sebab lantai rumah orang india bersih berkilat macam cermin

Menerusi perkongsian video sembangkopiahterbang di TikTok, aktivis masyarakat yang dikenali sebagai Cikgu Param mendedahkan sebab-sebab masyarakat India begitu menjaga kebersihan di rumah mereka.

Menurut Cikgu Param, menjadi kewajipan bagi masyarakat India untuk menyapu dan mop lantai rumah setiap hari.

“Benda pertama yang wajib buat apabila bangun pagi bagi masyarakat India adalah sapu dan mop. Sehari tu tiga kali buat, itu pun dikira malas. Yang rajin tu sebelum tidur buat lagi,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ia juga berkaitan dengan kepercayaan dan adat bagi masyarakat India iaitu menjaga kebersihan yang dituntut agama dan untuk meraih lebih banyak rezeki.

“Pertama, kepercayaan dalam agama. Saya rasa mana-mana agama kita perlu menjaga kebersihan supaya tak dapat penyakit, supaya rumah bersih dan sebagainya.

“Kepercayaan kedua apabila rumah kita bersih, kemas dan cantik akan dapat lebih banyak rezeki,” katanya.

Perkongsian video itu turut meraih perhatian ramai, rata-ratanya bersetuju dan mengagumi kebersihan rumah yang diamalkan masyarakat India.

Seorang netizen berbangsa India di ruangan komen memaklumkan punca lantai dan periuk bersih berkilat kerana membersihkannya sudah menjadi rutin harian mereka.

Oh, itu rahsianya kenapa dapur mereka sentiasa bersih berkilat. Jadinya, bolehlah kita terapkan cara menjaga kebersihan rumah yang diamalkan mereka!

BACA: “Kak ipar datang jumpa abah tengah malam minta maaf terpaksa minta cerai dengan abang aku, rupanya ini dia buat, itulah pertama kali aku tengok abah nangis”