Pasti banyak yang ingin tahu berapa jumlah gaji yang diterima oleh Imam Besar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Anda mungkin terkejut apabila mengetahui jumlahnya nanti.
Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais merupakan ketua Imam Masjidil Haram di Makkah.
Beliau dilahirkan pada 10 Februari 1960 di Riyadh dan menjadi Imam Kaabah pada 23 Mei 1984.
Sheikh Sudais berkahwin dengan sepupunya iaitu Fatima binti Ali al-Sudais dan dikurniakan sembilan orang anak, empat lelaki dan lima perempuan.
Hanya Diberi Cek Kosong?
Menurut laporan dari Lifeinsaudiarabia.net, Pemerintah Arab Saudi menjelaskan bahawa gaji Imam Masjidil Haram dan Imam Masjid Nabawi tidak dapat ditetapkan berapa jumlahnya kerana pekerjaan tersebut terlalu besar dan mulia.
“Pemerintah Arab Saudi hanya membayar Sheikh Sudais dengan memberikan cek kosong setiap bulan,” katanya.
Mengapa hanya diberikan cek kosong sebagai gaji? Itu kerana dengan cek kosong tersebut, Sheikh Sudais boleh mengisi jumlah wang yang diinginkan setara dengan perbelanjaan yang diperlukan setiap bulan, tidak kira jumlahnya rendah atau tinggi, dan tiada had.
Ini merupakan satu cara yang terbaik dari pemerintahan Arab Saudi yang masih ramai tidak mengetahuinya.
Anggaran nilai bersih pendapatan yang diterima oleh Sheikh Sudais adalah kira-kira RM4.4 juta.
Walau bagaimanapun, orang sekeliling menyatakan bahawa nilai bersih pendapatan yang sebenarnya diterimanya adalah tanda penghormatan yang diberikan oleh umat Islam seluruh dunia.