Rupanya ini fungsi sebenar ‘shift lock’ yang ada pada kereta auto

Apa itu Shift Lock? Mungkin masih ramai yang belum sedar akan kewujudan suis ini atau tidak pernah menggunakannya dalam keadaan tertentu.

Setiap kereta mempunyai spesifikasi tersendiri yang direka mengikut kesesuaian model, misalnya transmisi jenis ‘Auto’ yang mempunyai butang shift lock.

Shift lock atau sebutan panjangnya shift lock release button digunakan sewaktu mahu mengubah gear dalam keadaan enjin kereta sudah dimatikan.

Rupanya ini fungsi sebenar 'shift lock' yang ada pada kereta auto

Dalam setiap model kereta yang dikeluarkan, kedudukan suis shift lock adalah berbeza. Perkara ini telah diterangkan oleh seorang Youtuber di saluran Youtube monhoho.

Dalam segmen video automotif itu, kereta yang dipertontonkan merupakan jenis Perodua Myvi generasi kedua dan suis shift lock berada tepat di sebelah kanan gear.

Baca Artikel Penuh