Rupanya buah ini adalah buah Kebangsaan Malaysia, ramai salah sangka

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Sejak zaman sekolah lagi kita diajar tentang bunga kebangsaan Malaysia, iaitu Bunga Raya, dan haiwan kebangsaan, iaitu Harimau Malaya.

Tetapi adakah kalian pernah tahu apa buah kebangsaan Malaysia?

Apabila seseorang bertanya soalan ini kepada anda, mungkin anda akan terfikir bahawa buah kebangsaan Malaysia adalah durian, bukan?

Rupanya buah ini adalah buah Kebangsaan Malaysia, ramai salah sangka
Tetapi, hasil carian di Google menunjukkan bahawa buah kebangsaan negara kita sebenarnya adalah betik.

Untuk pengetahuan semua, perbincangan mengenai status buah betik ini sudah menjadi perkara hangat beberapa kali.

Namun, ramai yang baru menyedari bahawa buah kebangsaan kita adalah betik selepas melakukan carian di Google dan mungkin merasa terkejut.

Menariknya, hasil carian di Google menunjukkan bahawa betik dipilih sebagai buah kebangsaan Malaysia berdasarkan senarai buah kebangsaan yang disusun dalam Wikipedia.

Walaupun durian adalah buah kebangsaan Indonesia dan Singapura, tetapi carian tertinggi tentang durian di internet adalah di Malaysia, sedangkan di Indonesia paling sedikit.

Tak hanya itu, Singapura juga import sebahagian besar durian dari Malaysia!

Jadi mengapa durian bukan dianggap sebagai buah kebangsaan kita?

Ada satu sumber yang menyatakan bahawa Malaysia merupakan pengeluar betik terbesar di dunia, tetapi pengeluar betik terbesar sebenarnya ialah India yang telah mengeluarkan sebanyak 5.6 juta tan betik setahun berbanding Malaysia yang hanya 65,967 tan setahun.

Selain itu, betik dikatakan berasal dari Amerika Tengah atau Mexico tetapi kemunculannya pertama kali adalah di Republik Dominika dan Panama pada awal kurun ke-16.

Menurut satu sumber, betik dipilih sebagai buah kebangsaan kerana ia adalah lambang kepada iklim dan biodiversiti di Malaysia, yang melambangkan iklim tropikal dan menunjukkan negara kita sebagai tempat yang baik untuk menanam pelbagai jenis buah.

Selain itu, betik juga amat popular dalam makanan tradisi Melayu dan boleh dimakan segar atau digunakan dalam hidangan-hidangan yang menyelerakan.

Menurut The Star pada tahun 2021, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian ketika itu, Datuk Mohd Nasir, menyatakan bahawa Malaysia tidak pernah menetapkan mana-mana buah tempatan sebagai buah kebangsaan.

Walau bagaimanapun, Mohd Nasir menyatakan bahawa jabatannya yakin Malaysia patut mengisytiharkan dan menamakan durian sebagai buah kebangsaan, seperti Harimau Malaya dan Bunga Raya.

Durian adalah buah yang paling banyak dihasilkan di Malaysia pada tahun 2022, diikuti oleh nenas dan pisang.

Namun, jabatan pertanian belum mengambil langkah untuk menjadikan durian sebagai buah kebangsaan rasmi.

Usul ini perlu dibawa ke kabinet untuk kelulusan sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pada tarikh penulisan artikel ini, Wikipedia telah mengubah senarai buah kebangsaan negara dengan menamakan durian sebagai buah kebangsaan Malaysia pada 8 Februari 2024.

Betik bukan buah kebangsaan.

Baca :Rupanya ini cara masukkan kapal dalam botol, akhirnya terjawab persoalan yang bermain di minda