Rumitnya pecahan blok dalam PN

Esok sidang parlimen yang tertangguh akan bermula.

Pastinya masing2 sudah buat pre council mengikut blok parti masing2.

Selepas ini kita akan membiasakan tentang konsep blok2 politik yang agak rumit.

Blok PN ada pecahannya. Blok MN, Blok PPBM dan blok GPS (Sarawak). Dalam MN ada BN dan Pas. Dalam Umno sendiri mungkin ada warna2 tertentu sebagaimana yang terdapat dlm Bersatu itu sendiri.

PH juga ada blok2 tersendiri. Tun M ada bloknya tersendiri. Sekecil mana pun mereka tetap penting dan boleh jadi faktor penentu.

Pemilihan Speaker dan Timbalannya adalah ujian terbesar untuk kerajaan pimpinan TSMY esok.

Bajet adalah ujian yang lebih besar di akhir tahun nanti.

Tidak ada apa yang mudah. Menghadapinya perlukan ketabahan dan kebijaksanaan. Semuanya sedang diperhatikan.

Selamat Bersidang!

Sumber: