Rumah orang, lumpur masuk, orang bersihkan, rumah saya masuk dalam lumpur – Ebby Yus

Rumah orang, lumpur masuk, orang bersihkan, rumah saya masuk dalam lumpur .Baru-baru ini, ‘peristiwa hitam’ telah melanda pelawak terkenal, Ebby Yus apabila rumah hasil titik peluh selama 20 tahun dirinya di dalam industri hiburan telah musnah gara-gara banjir.

Lebih terkilan, ‘mahligai impian’ yang berkonsepkan separa batu dan kayu itu perlahan-lahan dibina selama empat tahun dan hanya tersisi 10 peratus sahaja sebelum dapat disiapkan.

Menurut Ebby, dia yang sebak akan kejadian itu bagaimanapun tetap reda walaupun terpaksa menelan kerugian sebanyak RM200,000.

Ebby Yus kongsi detik rumah musnah akibat banjir di Meletop

Berhubung dengan perkara itu, Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid telah dipanggil untuk menghadiri sesi temu bual dalam program Meletop dalam Edisi Kongsi Kasih malam tadi.

Suasana yang bermula dengan gelak ketawa bertukar serius selepas pelawak itu berkongsikan detik-detik kejadian ketika rumahnya musnah ‘disapu’ air banjir.

@bbtsya#banjir2021 #xyzbca #fypシ゚viral #foryoupage #fypdongggggggg #fypシ #abbyyus #meletop♬ original sound – bbtsya

Menurutnya sebelum kejadian, dia telah datang untuk memantau kerja-kerja pemasangan wallpaper di rumahnya sebelum dihubungi oleh seorang ustaz bagi menyertai misi memberikan bantuan.

Ebby yang ketika itu tidak sibuk terus bergerak ke Kuala Kapar dan terhenti di Sungai Serai akibat keadaan air yang sudah memenuhi jalan. Namun, dia berjaya meneruskan perjalanan.

Selepas melepasi jalan tersebut, Ebby menerima panggilan daripada pekerja di rumahnya yang menyatakan air banjir telah memasuki rumah tersebut.

Tukang rumah tu telefon kata air dah masuk ke rumah. Saya kata, okay lah saya tengah sibuk sekarang, esoklah saya datang tengok.

Rumah senget ‘disapu’ air deras, Nabil dan Kak Lina tak mampu tahan sebak

Tambahnya, ketika menjalankan misi bantuan di Kuala Kapar, dia sekali lagi menerima panggilan daripada pekerja dan memaklumkan bahawa rumahnya hampir ‘senget’ akibat air deras.

Menurut pekerja, dia juga turut tersekat dalam kejadian itu sebelum disuruh Ebby untuk berenang ke rumah berdekatan untuk menyelamatkan diri.

Namun, pelawak itu menerima panggilan terakhir dengan suara tangisan menyatakan rumahnya telah pun musnah dan sebahagiannya telah hanyut dibawa air.

Kejap lagi saya dengar suara menangis, dia kata bang rumah abang dah tiada. Apa yang saya nak buat, saya kata Ya Allah Ya tuhanku, setakat itu je kau bagi kat aku.

Bagaimanapun, perkongsian itu telah menyebabkan pengacara meletop, Nabil dan Kak Lina tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.

BACA:

Banjir besar dedah pekung sebenar kerajaan Ismail Sabri
Mangsa terkandas banjir kena halau, AEON Shah Alam mohon maaf
Rupanya Pengerusi MKN Selangor adalah Noh Omar bukan MB

Artikel ini disiarkan pada 22/12/2021

COMMENTS

Wordpress (0)