Roti dah berkulat boleh makan? Biar betul !!!

Roti dah berkulat boleh makan? Biar betul !!!

Disebabkan zaman pun dah berubah, jadi semakin ramai chef yang berani untuk bereksperimen dengan makanan. Baru lah tak bosan asyik order menu sama je kan kat restoran atau kafe.

Kalau nak tahu, sekarang ada roti baru yang tengah viral di negara China disebabkan rupanya yang nampak seperti dah berkulat. Menurut Oddity Central, roti itu dijual menerusi platform online China Taobao dan ia mula menjadi buah mulut orang ramai berikutan luarannya yang dikatakan tidak begitu menyelerakan.

Roti itu dikatakan telah dikeluarkan oleh syarikat China, Nanjing Yican Foods. Namun, roti tersebut bukanlah dah berkulat atau dah expired sebab sebenarnya, ia mempunyai campuran matcha green tea dan keju. Jadi, bila ditekan, krim tu akan meleleh dan nampak macam ‘berkulat’.

Sumber: Oddity Central
Difahamkan, gambar makanan itu mula tular setelah dikongsikan di group Taobao Happy Share di Facebook. Namun, bak kata pepatah, don’t judge a book by its cover sebab menurut review mereka yang telah membeli roti tersebut di Taobao, lebih kurang 500 pelanggan mengatakan makanan tu sebenarnya sedap.

Ada juga yang memuji kelembutan teksturnya dan rasanya yang sedap. Siap ada yang kata dorang akan repeat lagi pembelian roti tu!

Sumber:https://lobakmerah.com/ramai-ingat-roti-ni-dah-berkulat-tapi-sebenarnya-masih-boleh-dimakan/