Rogol pelajar : Cikgu umpan mangsa pergi perpustakaan

Rogol pelajar : Cikgu umpan mangsa pergi perpustakaan. Gara-gara terlalu ikutkan nafsu, seorang guru Pendidikan Jasmani dari Sumatera Selatan, Indonesia tergamak melakukan perkara tidak senonoh terhadap tiga pelajarnya sendiri.

Tribunnews melaporkan, perlakuan guru berusia 31 tahun itu terbongkar selepas salah seorang mangsa mengadu apa yang berlaku kepada ibu bapanya.

Ibu bapa mangsa berusia 13 tahun itu kemudiannya melaporkan perkara itu di Balai Polis Makarti Jaya.

GAMBAR HIASAN

BACA JUGA : Kes kecurian RM25 juta : Adakah SPRM siasat SPRM?

Guru itu kemudian ditahan di rumah ibu mentuanya pada 14 September lalu.

Hasil siasatan mendapati bukan seorang tetapi ada dua lagi pelajar perempuan turut menjadi mangsa.

Seorang pelajar diperkosa, manakala dua lagi pelajar menjadi mangsa cabul.

BACA JUGA : Panas !!! Sajat cabut lari naik kontena

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Banyuasin, Ikang Ade Putra berkata, modus operandi dilakukan suspek untuk memerangkap mangsa adalah dengan mengajak mereka ke perpustakaan.

Ia bagi melakukan tugasan dengan dijanjikan markah tambahan .

Semua itu sekadar taktik suspek untuk mengumpan dan memperdaya mangsa.

BACA JUGA : “Cucuk hidung, dagu, dada boleh pulak”, Hattan tegur artis anti vaksin

Sementara itu, suspek mengakui mencabul dan memperkosa kerana tidak tahan melihat kecantikan ketiga-tiga mangsa.

Ketika di perpustakaan yang sunyi, suspek mengajak mangsa melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menjanjikan markah tambahan.

Mangsa hanya menurut permintaan itu dan suspek turut memintanya merahsiakan perkara daripada pengetahuan orang lain.

“Saya cuma terlanjur dengan seorang pelajar saja, manakala dua lagi hanya dicabul, tidak lebih daripada itu,” katanya.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2021/09/757155/padah-terlalu-ikut-nafsu

COMMENTS

Wordpress (0)