Rogol anak tiri umur 12 tahun, Hakim jatuh hukuman penjara 1050 tahun

Guru

Mahkamah mesti peka memastikan keganasan seksual terhadap kanak-kanak tidak berleluasa dengan mengenakan hukuman bersifat pengajaran terhadap pelakunya, kata seorang hakim Mahkamah Sesyen hari ini.

M Kunasundary berkata dalam penghakiman bertulis, ini terutama bagi pesalah yang diberikan amanah terhadap mangsa bawah umur yang memerlukan bimbingan dan perlindungan mereka.

“Jika seorang budak perempuan tidak selamat dengan keluarganya sendiri, mana lagi (tempat selamat untuknya)?”

Rogol anak tiri umur 12 tahun, Hakim jatuh hukuman penjara 1050 tahun

Mahkamah perlu memberikan hukuman sebagai pengajaran, terutama bagi pesalah yang diberikan amanah terhadap mangsa bawah umur yang memerlukan bimbingan dan perlindungan mereka, kata Hakim M Kunasundary. (Gambar Freepik)

Katanya, kes sumbang mahram semakin meningkat dan didaftarkan di mahkamah, malah ada mangsa melahirkan anak yang dikategorikan sebagai tidak sah taraf.

Beliau berkata, mahkamah mesti menggambarkan kehendak Parlimen yang telah meningkatkan hukuman bagi kesalahan seperti itu.

Katanya, hukuman penjara minimum enam tahun sebelum ini telah dinaikkan kepada 10 tahun manakala hukuman maksimumnya sehingga 30 tahun bagi sumbang mahram mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Kunasundary berkata, Parlimen juga telah meluluskan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 untuk melindungi golongan bawah umur daripada dieksploitasi secara seksual.

Beliau berkata demikian dalam penghakiman bertulisnya yang dikeluarkan minggu lalu, bagi menjelaskan hukuman penjara 1,050 tahun terhadap seorang lelaki kerana melakukan sumbang mahram 105 kali dengan anak tirinya berusia 12 tahun dari 2018 hingga tahun lalu.

Lelaki itu yang mengahwini ibu mangsa pada 2015 turut dihukum sebat 24 kali iaitu bilangan maksimum dibenarkan mengikut undang-undang.

Kunasundary memerintahkannya dipenjara 10 tahun dan disebat dua kali bagi setiap tuduhan. Semua hukuman diarahkan berjalan berturut-turut mulai tarikh tangkapnya pada 20 Januari seterusnya tertuduh perlu menjalani keseluruhan 1,050 tahun penjara.

Kesalahan itu dilakukannya di sebuah rumah di Sungai Way, Petaling Jaya, dari 5 Januari 2018 hingga 24 Januari 2020.

Kunasundary berkata, fakta kes menunjukkan tertuduh menyerang mangsa secara seksual sejak 2018 dan mengugutnya supaya tidak memberitahu sesiapa. Kali terakhir perbuatan itu adalah pada awal tahun lalu.

“Tidak boleh dinafikan, bapa tiri yang sepatutnya melindungi mangsa telah mengakibatkannya mengalami trauma seumur hidup.”

Bukti perubatan turut membuktikan mangsa telah dirogol berulang kali.

Peguam KA Ramu berkata beliau akan memfailkan petisyen rayuan minggu ini.

Berita Penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/09/01/penjara-1050-tahun-kerana-rogol-anak-tiri-hakim-jelaskan-keputusan/

BACA JUGA : Najib suruh kerajaan beri lebih banyak ‘cash’ kepada rakyat