Robot seberat tiga butir beras berjaya dibina

Robot

Robot seberat tiga butir beras berjaya dibina. Seorang profesor dari Universiti Negeri Washington, Amerika Syarikat menerima pengiktirafan Guinness World Records kerana menghasilkan sebuah robot kumbang yang mempunyai berat seperti tiga butir beras, lapor laman berita United Press International semalam.

Profesor Bersekutu bidang kejuruteraan di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Bahan, Nestor O. Perez-Arancibia menerima pengiktirafan itu bagi ketegori robot merangkak paling ringan di dunia.

Robot yang digelar Robeetle itu dikuasakan oleh etanol serta menggunakan aliran udara dan pneumatik untuk bergerak sebagai menggantikan peralatan elektronik.

Ia memiliki berat 88 miligram yang bersamaan dengan berat tiga butir beras.

Robot

Dihasilkan dalam saiz sama seperti kumbang sebenar, Robeetle boleh mendaki cerun, berjalan di pelbagai jenis permukaan dan memindahkan objek 2.6 kali ganda lebih berat daripadanya.

Menurut Perez-Arancibia, matlamatnya adalah untuk menggunakan robot-robot bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan kejuruteraan dengan meniru kebolehan semula jadi makhluk tersebut.

“Biologi, khususnya serangga masih boleh mengatasi kebolehan robot dalam hampir setiap aspek.

“Bagaimanapun, saya berharap dapat menghasilkan robot-robot pada masa akan datang yang boleh meniru sistem semula jadi dengan lebih baik,” katanya

Berita Penuh : https://www.kosmo.com.my/2021/08/24/profesor-bina-robot-kumbang-seberat-tiga-butir-beras/

BACA: Bekalan air di Terengganu bakal pulih dalam tempoh 18 hari lagi

COMMENTS

Wordpress (0)