RM 2 Juta Macam Duit Saku Sahaja, kata Ku Nan

RM2 juta bukanlah nilai yang besar bagi Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, juga dikenali sebagai Ku Nan, kerana baginya ia seperti “wang saku”, katanya kepada Mahkamah Tinggi hari ini.

Bendahari Umno itu sewaktu menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Julia Ibrahim tentang sama ada RM2 juta yang diberikan melalui cek oleh rakan baiknya dan Pengarah Urusan Aset Kayamas Sdn Bhd Tan Sri Chai Kin Kong, dianggap berharga kepadanya.

“Adakah RM2 juta berharga untuk kamu?” Tanya Julia.

Tengku Adnan menjawab, “Tidak, tidak, bagi saya ia (RM 2 Juta) ibarat wang saku sahaja.”

DPP berkata: “Tetapi ia boleh menjadi berharga kepada orang lain?”

“Saya tidak tahu,” jawab Tengku Adnan.

Julia berkeras, “Saya andaikan bahawa RM2 juta digunakan untuk tujuan kamu sendiri.”

“Tidak setuju,” jawab Tengku Adnan, kemudian dia tertawa, “Kamu membuat saya ketawa Puan Julia.”

COMMENTS

Wordpress (0)