Risau ramai jadi ‘popeye’ ke? Lelaki ini dedah kenapa kangkung haram ditanam di Amerika

Risau ramai jadi ‘popeye’ ke? Lelaki ini dedah kenapa kangkung haram ditanam di Amerika

Kangkung merupakan sejenis tumbuhan atau sayuran yang menjadi kegemaran kebanyakkan negara Asia termasuk Malaysia.

Sayuran ini juga begitu terkenal dan sering dijadikan masakan goreng belacan yang ditumis dengan beberapa lagi bahan lain seperti bawang, cili, ikan bilis dan sebagainya.

Risau ramai jadi 'popeye' ke? Lelaki ini dedah kenapa kangkung haram ditanam di Amerika

Namun, anda tahu tak sebenarnya Kangkung merupakan salah satu tumbuhan yang diharamkan di Amerika Syarikat.

Menurut perkongsian dari seorang lelaki, menerusi laman TikTok Agrotonomy dia berkongsi ladang dimana sayur kangkung ditanam dengan aeroponic tower. Kangkung yang ditanamnya kelihatan sangat subur dan menghijau.

Begitu pun, apa yang mencuri tumpuan adalah pendedahan mengenai sayur tersebut yang sebenarnya diharamkan di Amerika Syarikat kerana dianggap sebagai spesis penceroboh.

Menurut Jabatan Pertanian AS, tumbuhan yang juga dikenali sebagai Bayam Air ini mukan diperkenalkan di negara barat sekitar tahun 1970, lapor AZCentral.

@agrotonomy Vertical farming kangkung (water spinach) on aeroponic towers #kangkung #waterspinach #verticalfarming #urbanfarming #aeroponics #farming #towergarden #hydroponics #agriculture #kangkong ♬ Aesthetic – Tollan Kim

Walau bagaimanapun, ia telah diharamkan di AS kerana tumbuhan ini boleh mengancam laluan air dan spesies tumbuhan asli yang lain. Oleh itu, AS telah menyenaraikan tumbuhan ini sebagai salah satu tumbuhan yang berbahaya.

Jurucakap Jabatan Pertanian Arizona, Robert Smook berkata, pada zaman dahulu pihak berkuasa akan bertindak merampasadan seterusnya menghapuskan tumbuhan ini jika terdapat dimana-mana premis makanan yang menggunakan Kangkung.

“Saya tidak tahu mengapa orang dahulu menanam tumbuhan ini pada awalnya, ia boleh jadi tumbuhan yang mengancam tumbuhan asal walaupun hanya ditanam di halaman belakang rumah.

“Jika dibiarkan terlalu lama, tumbuhan ini akan membiak dan mengeksploitasi seluruh laman. Tambahan pula tumbuhan ini sangat sukar dibuang,” jelasnya, lapor AZCentral.

BACA: “Suami aku tak pernah mengajak buat perkara bukan-bukan sepanjang kami berkawan tapi lepas kahwin baru aku nampak siapa sebenarnya dia”