Rihana Petra resah Leon selalu jerit waktu tidur, kena jumpa pakar minta ubat

Rihana Petra resah Leon selalu jerit waktu tidur, kena jumpa pakar minta ubat

Rihana Petra resah Leon selalu jerit waktu tidur, kena jumpa pakar minta ubat. Ibu mana yang tidak bimbang bila melihat perkembangan anaknya. Lagi-lagi bila anak kecil itu sentiasa terganggu waktu tidurnya.

Bagi bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Petra atau nama asalnya Oksana Voevodina turut mendapatkan nasihat pakar bila mana anaknya, Ismail Leon mengalami gangguan waktu tidurnya.

Menurut kata Rihana menerusi perkongsian di Instagramnya, Leon pernah terganggu tidurnya malah menjerit ketika tidur ketika masih kecil.

Dan kini kegelisahan di waktu tidurnya itu kembali menyerangkan.

“Malam tadi gelisah. Leon menjerit semasa tidurnya beberapa kali. Dia pasti bermimpi sesuatu yang buruk.

Rihana Petra resah Leon selalu jerit waktu tidur, kena jumpa pakar minta ubat

“Saya bangun awal dan masa bersiap untuk ke lapangan terbang, saya terus memikirkan tentang tidur Leon yang tak lena.

“Ia bermula ketika dia masih kecil dan ia tidak berlaku untuk masa yang lama, tetapi hari ini ia berlaku lagi sekali,” kongsinya di Instagram.

Ibu penyayang ini mula menyifatkan keadaan yang dialami Leon itu sama seperti dirinya ketika mengandungkan Leon dahulu.

“Saya buat persamaan: bila saya tidak tenang, serta-merta turut jejaskan anak saya. Itulah kaitan emosi.

“Menjerit pada waktu malam adalah akibat kehamilan saya yang sukar. Saya sangat gementar dan saya tak dapat tidur dengan lena.

“Ia akan berlalu dengan usia, sudah tentu. Dalam pada itu, saya berusaha keras dan cuba melakukan yang terbaik untuk meminimumkannya,” tulisnya lagi.

Enggan kegelisahan itu berlarutan, ibu cantik jelita ini terus sahaja mendapatkan pandangan dan nasihat pakar.

Malah pakar turut menasihati agar Leon mendapatkan waktu tidur yang baik dan berkualit. Begitu juga dengan dirinya sendiri.

“Inilah yang pakar telah mengesyorkan kepada kami:

✔️ Kawal rutin harian. Saya tak sepatutnya tak cukup tidur.

✔️ Elakkan situasi yang tertekan (untuk saya dan Leon) dan terlalu teruja.

✔️ Memastikan persekitaran yang tenang.

“Dan dari saya sendiri, saya akan cuba memupuk cinta yang hebat buat Leon. Semua komunikasi dengan Leo saya bina melalui cinta. Saya tak marah, tapi menerangkan, bukan mengkritik, tetapi membantu.

“Ini membantu kami membina hubungan yang saling mempercayai dan mengekalkan emosi yang lebih baik,” katanya lagi.

Semoga yang baik-baik sahaja buat Rihanna dan Leon. Semoga terus sihat membesar.

BACA:

Netizen tak senang duduk tengok gambar panas Emma dan suami

CIMB umum tiada lagi sms OTP, beralih sepenuhnya ke ‘securetac’

UiTM buka jawatan kosong besar-besaran, gaji lumayan

CATEGORIES