Dunia yang serba canggih ini, sangat membantu seseorang itu dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh, dengan adanya aplikasi penghantar makanan, seseorang itu hanya boleh pesan makanan yang dikehendaki dan penghantar makanan yang bertugas akan terus hantar makanan tersebut ke pintu depan rumah anda.
Lebih misteri lagi, apabila pelanggannya itu meminta supaya dia menghantar makanan tersebut di tempat perkuburan Cina. Bila telefon tak angkat pula, haish seram!
Sekarang sapa yang order?
Menerusi video TikTok itu, lelaki ini menceritakan pengalamannya menghantar makanan yang ditempah oleh seorang pelanggan di tempat perkuburan Cina.
Namun, apa yang lebih pelik apabila dia cuba untuk menghubungi pelanggannya itu, namun panggilan tersebut tidak dijawab.
Malahan, ketika sampai di tempat tersebut, tidak kelihatan sesiapa pun melainkan hanya kubur yang berada di situ.
Ada orang order, call tak angkat. Memang prank order, location dia bagi dekat kawasan perkubvran Cina. Persoalannya siapa yang order dekat sini? Manalah tahu penggali kubur yang order.
Jelasnya lagi, tindakan pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung menyusahkan ramai pihak dan dia terpaksa membatalkan pesanan itu.
Pada masa yang sama, dia juga sempat membayangkan jika pesanan itu diterima pada waktu malam dan dia terpaksa menghantar makanan itu secara bersendirian di tempat yang sunyi.
Prank order memang berlaku, setiap minggu mesti ada rider yang kena. Seseorang rider tu tak tahu pon dia kena prank ke apa unless lepas dia pick up makanan tu.
Sebelum buat tu fikir dulu, jangan menyusahkan rider. –AB