Rezeki terpijak..wanita jumpa berlian bernilai ratusan ribu ringgit ketika daki bukit

Rezeki terpijak..wanita jumpa berlian bernilai ratusan ribu ringgit ketika daki bukit

Rezeki terpijak..wanita jumpa berlian bernilai ratusan ribu ringgit ketika daki bukit. Seorang wanita yang dikenali sebagai Noreen Wredberg langsung tidak menyangka akan tuah yang diperolehnya apabila menemui sesuatu yang sangat bernilai ketika berjalan dan mendaki di Taman Negeri Crater of Diamonds, Arkansas, Amerika Syarikat.

Noreen Wredberg menemui objek berwarna kuning bersinar diatas tanah ketika mendaki bersama dengan suaminya, Michael Wredburg.

Obkej tersebut sebenarnya merupakan sebutir berlian dan pada mulanya wanita ini mengakui dia tidak tahu sama ada benda itu adalah berlian, namun dia mengambilnya kerana ianya kelihatan bersih dan berkilau.

“Saya tidak tahu bahawa ia merupakan berlian, namun objek itu amat bersih dan berkilau. Jadi, saya mengutipnya,” kata Noreen.

Dia kemudian membawa objek tersebut kepada pihak berkuasa taman negeri dan terkejut apabila diberitahu objek yang ditemui itu merupakan sebutir berlian tulen! Berlian itu mempunyai saiz seperti sebutir kacang jeli dengan bentuk seperti buah pir dan berwarna kekuning-kuningan seperti lemon.

Rezeki terpijak..wanita jumpa berlian bernilai ratusan ribu ringgit ketika daki bukit

Namun apa yang lagi mengejutkannya adalah dia dibenarkan untuk mengambil dan menyimpan berlian 3.48 karat yang ditemuinya itu. Sudah pasti berita tersebut sangat mengembirakan Noreen dan suaminya, apatah lagi berlian sememangnya dikenali sebagai barangan bernilai tinggi di pasaran.

Seorang pakar berlian dan barang kemas, David Allen berkata berlian yang ditemui pasangan suami isteri itu dianggarkan bernilai diantara AS$20,000 hingga AS$30,000 (RM83,560 hingga RM125,340) berdasarkan saiz dan kepekatan warna kuningnya.

Tambah David Allen lagi, semakin pekat dan cantik warna kuning di berlian itu, maka semakin tinggi nilainya dan Noreen sangat bertuah kerana telah menemui sesuatu yang sangat berharga dan bernilai tinggi.

BACA:

Kecoh polis trafik pukul pemandu trailer ketika bertugas

Majoriti bahagian Umno sokong Ismail jadi PM selepas PRU-15

Tular gaya Tokti buat aksi latihan Muay Thai, netizen perasan sesuatu pula

CATEGORIES