Rezeki nenek umur 81 tahun, menang skuter BMW dari bank

Rezeki nenek umur 81 tahun, menang skuter BMW dari bank

Rezeki nenek umur 81 tahun, menang skuter BMW dari bank. Seorang nenek berusia 81 tahun muncul antara pemenang utama kempen Simpan Berganda Menang Bergaya anjuran MBSB Bank Bhd.

Maznah Harun dari Terengganu membawa pulang skuter BMW C400X bernilai kira-kira RM45,000.

Ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah kempen itu, Maznah berkata ini kali pertama beliau berjaya memenangi hadiah utama seperti ini.

“Sepupu memaklumkan kepada saya mengenai kempen ini dan mengesyorkan untuk menyertainya.

Ini kerana, selain berpeluang untuk menang hadiah, simpanan yang dibuat juga akan menerima hibah 0.05 peratus setahun.

Rezeki nenek umur 81 tahun, menang skuter BMW dari bank

“Cuma tak sangka penyertaan kali pertama ini membawa tuah kepada saya untuk menang hadiah utama,” katanya.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank Bhd, Datuk Nor Azam M Taib.

Hadiah utama dimenangi oleh Huang Wee Wan, 63, dari Negeri Sembilan yang membawa pulang kereta BMW X4 30i Sport dan Tan Kim Tun yang mewakili Tunas Services Enterprise memenangi wang tunai kategori Bukan Individu sebanyak RM100,000.

Pada majlis sama, Nor Azam turut melancarkan kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 bermula dari 1 September ini hingga 31 Mei 2023.

Penyertaan terbuka kepada pelanggan individu yang mempunyai akaun Simpanan atau Semasa dengan MBSB Bank.

Kempen itu menawarkan hadiah bernilai RM2. 4 juta, antaranya pakej umrah dan pelancongan ke Eropah, kereta mewah seperti Mercedes Benz A200, Mercedes Benz C200, iPhone, konsol video permainan dan hadiah wang tunai.

Sementara itu, Nor Azam berkata, beliau berterima kasih kepada pelanggan di atas sambutan menggalakkan yang diterima untuk kempen Simpan Berganda Menang Bergaya.

“Ini membuatkan kami terus bersemangat menambah baik produk dan perkhidmatan kerana MBSB Bank terus menggalakkan amalan baik dalam pengurusan kewangan dengan berkesan untuk kesejahteraan kewangan pelanggan kami yang lebih baik.

“Berikutan kejayaan kempen pertama, kami berbesar hati untuk melancarkan siri kedua kempen yang dinamakan sebagai Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0.

“Pelanggan adalah teras kepada semua yang kami lakukan dan melalui kempen ini, kami akan dapat memberi ganjaran kepada pelanggan setia dan pada masa yang sama, menarik pelanggan baharu,” katanya.

BACA:

Laporan dakwa PDRM terlibat manipulasi wacana awam

Petrol jatuh ke harga terendah

Elizabeth dedah tentang kehamilannya, “doktor kata..”

CATEGORIES